EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Anak raih result straight A SPM, reaksi bapa tahan sebak buat ramai tersentuh

0 month ago, 10-Jun-2021

Tak dinafikan lagi, bukan senang untuk melihat seorang ayah mengalirkan air mata. Namun seorang ayah disifatkan sebagai tegas, garang atau suka bergurau senda tetapi mereka juga mempunyai naluri yang lembut.

Begitulah seperti yang dikongsi oleh pelajar ini yang menerima keputusan SPM pada hari ini.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di TikTok, dia sempat merakam reaksi ayahnya sewaktu mereka melihat keputusan buat pertama kali.

@haqimiadlii

congrats to all 03 babies #promax #spm2020

? Sunflower Rex Orange County

Menurut pelajar itu, dia sengaja merakam video berkenaan untuk merakam reaksi ayahnya. Sebaik mereka melihat keputusan tersebut, ayahnya kelihatan sangat terkejut dan terharu.

Mana tidaknya, pelajar tersebut berjaya mendapat keputusan straight A dalam peperiksaan SPM.

Namun apa yang lebih menyentuh hati adalah di saat ayahnya yang sedang tersenyum gembira kemudian mencium pipi anaknya dan dilihat menahan sebak.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai dengan komen berupa pujian serta ucapan tahniah.

Dalam pada itu, ada juga yang tersentuh melihat reaksi si ayah yang hampir menitiskan air mata sebaik melihat keputusan cemerlang anaknya.

: TikTok @haqimiadlii



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...