EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Restoran, kedai serbaneka dibenar beroperasi sehingga 2 pagi

0 month ago, 15-Sep-2020

 Kedai serbaneka di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBPP) dibenar beroperasi sehingga 2 jam pagi mulai hari ini. [Gambar Hiasan]


GEORGETOWN - Semua restoran dan kedai serbaneka di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dibenarkan beroperasi sehingga jam 2 pagi bermula hari ini.

 

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, kebenaran untuk 'dine in' atau makan dalam premis juga diberikan kepada pasar malam, pasar pagi, uptown dan perayaan keagamaan berkuat kuasa hari ini. berbanding sehingga jam 12 tengah malam sebelum ini.

 

"Bagaimanapun, semua kebenaran itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan antaranya semua pekerja premis dan pelanggan perlu memakai pelitup muka, merekodkan nama dan nombor telefon melalui aplikasi MySejahtera dan memeriksa suhu badan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

Rozali berkata, pematuhan SOP adalah satu syarat pelesenan tambahan kepada semua pemegang lesen perniagaan MBSP.

 

"Ketidakpatuhan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan dan Undang-Undang Kecil Bayaran Lesen, Majlis Perbandaran Seberang Perai 1980.

 

"Semua pihak diminta untuk mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi memastikan Seberang Perai dan Pulau Pinang amnya kekal sebagai zon hijau," katanya.


-SINARHARIAN


SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...