EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Respons lucu Simon tular

0 month ago, 13-Feb-2020

[emailprotected]_joseph

ANNYEONGHASEYO! Mana-mana selebriti tampan di Korea Selatan sememangnya tidak terlepas daripada sasaran peminat meluahkan rasa cinta. Hal itu sudah biasa dan pasti artis di sana pun semakin lali.

Bagaimanapun, penyanyi rap Simon Dominic nampaknya menggunakan pendekatan memberi respons lucu menangani hal sebegitu. Apatah lagi topik membabitkan percintaan mahupun perkahwinan.

Terbaharu, perbualannya dengan peminat menjadi tular disebabkan cara dia membalasnya cukup lucu.

Peminat terbabit membuat percubaan untuk memujuk Simon supaya berkahwin dengannya.

Peminat itu jelas menunggu masa untuk menyatakan hasrat berkenaan selepas tujuh tahun lalu pernah mengusik penyanyi itu.

Jadi, kenapa anda masih belum mengahwini saya sekarang? komen peminat itu dalam satu perbualan di Twitter yang berlaku sejak 2013.

Terdahulu, Simon berkongsi perkara itu yang berlaku pada Disember, tujuh tahun lalu. Peminat yang sama pernah meninggalkan tweet kepada penyanyi terbabit dan turut dibalas Simon.

Dalam perbualan terbabit, peminat itu mengutarakan mengenai jurang usia 12 tahun bukan penghalang menjalin hubungan.

Saya akan terus melamar anda supaya anda tidak kesal pada masa hadapan, tulisnya.

Penyanyi itu kemudian memberikan pendapatnya berkenaan perkara itu.

Apa budak kecil ini cakap? Kita lihat berapa lama perkara ini bertahan. Sama-sama kita tunggu kesudahannya, jawab Simon ketika itu.

Perbualan mereka itu jelas mencuri perhatian sehingga tular dan menjadi topik teratas dalam senarai carian sebuah portal di Korea Selatan.

Penularan itu sekali gus membuatkan Simon mahu tampil dengan penjelasan sendiri mengenai topik perkahwinan.

Menerusi sebuah siaran langsung strim dibuatnya, penyanyi itu berterus-terang bahawa dia belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang buat masa ini.

Secara jujur, saya belum ada sebarang perancangan untuk berkahwin pun. Masih terlalu banyak perkara yang saya ingin lakukan.

Saya mahu sibukkan diri tahun ini lebih daripada yang saya lakukan pada tahun lalu. Masih jauh lagi perjalanan saya sebelum berfikir untuk menamatkan zaman bujang, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...