www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Respon anggota polis terhadap aduan bunyi bising tidak menghentikannya malah turut serta menunjukkan bakatnya

0 month ago, 18-May-2019


Sudah menjadi tanggungjawab seorang anggota polis untuk menguatkuasakan undang-undang, namun ini tidak bermakna mereka tidak berhak untuk berseronok juga.

Hal ini kerana, dalam pada mereka menjalankan tugas yang meletihkan, mereka juga mahukan sedikit ruang untuk merehatkan minda, beriadah, melakukan perkara yang diminati, sama juga seperti manusia lain, bukan? Jadi, tidak salah rasanya untuk mereka melepaskan tekanan sebentar.

Seperti yang dilakukan oleh seorang anggota polis di bandar Oklahoma, Amerika Syarikat yang baru-baru ini memberi respon yang tidak disangka oleh penduduk di sana apabila terdapat aduan berkenaan dengan bunyi bising di bandar berkenaan.

Apabila pegawai polis, Nate Ross, tiba di lokasi kejadian, dia nampak seorang pemuzik sedang bermain dram di tepi jalan. Mereka berdua kemudiannya berborak tentang situasi ini. Apa yang mengejutkan adalah, Ross tidak pula menghentikannya malah dia pula yang menggantikan lelaki terbabit bermain dram!

Oklahoma City Police Department|Facebook

Mereka tidak tahu bahawa pegawai Ross sebelum ini bermain dram. Terdapat individu yang merakamkan foto di mana Ross sedang duduk dan menunjukkan kepada mereka semua cara untuk bermain dram, tulis Jabatan Polis Bandar Oklahoma pada laman Facebook rasmi mereka.

Pada video berkenaan, kita dapat lihat dan dengan Ross bermain dram, membuktikan bahawa dia masih lagi berbisa. Orang ramai yang melalui jalan tersebut juga mengambil peluang untuk berhenti melihat dan merakamkan kejadian itu. Ada juga yang hon bagi menunjukkan penghargaan.

Oklahoma City Police Department|Facebook

Keadaan tegang yang dijangkakan orang ramai pada mulanya berubah menjadi satu contoh, di mana ia menunjukkan hubungan antara polis dan masyarakat yang sepatutnya. Saya yakin bahawa kejayaan jabatan kita adalah mengenai interaksi kita dengan masyarakat, jelas Ross.

Oklahoma City Police Department|Facebook

Saya boleh pergi ke sana dan menghentikan semua itu namun ia sebenarnya satu kesonokan kerana ia memberi saya peluang untuk berinteraksi dengan masyarakat. Saya menerima pelukan pada penghujungnya. Kemudian, mereka semua bersurai, tambahnya lagi.

Ya, keterbukaan dan sikap mesra yang diamalkan berupaya untuk mengekalkan keamanan yang dikecapi. Syabas, Ross! Terima kasih kerana menghargai ikatan di antara pihak polis dengan komuniti.

Jom lihat betapa mahirnya Ross bermain dram menerusi klip video di bawah ini:

: InspireMore,Oklahoma City Police Department|Facebook

Respon anggota polis terhadap aduan bunyi bising tidak menghentikannya malah turut serta menunjukkan bakatnya Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts