EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Resipi suhun goreng kucai sedap dan lazat

0 month ago, 11-Jun-2021

Resipi suhun goreng kucai ini memang mudah dan sedap. Boleh dijadikan lauk atau dimakan begitu sahaja. Jom lihat cara menyediakan resipi ini dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN:
2 paket suhun sedang
2 ekor sotong bersaiz besar-potong bulat
8 ekor udang
Tauge secukupnya
daun kucai secukupnya

BAHAN KISAR:
2 tangkai lada merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub ayam
CARA:
1.Rendam suhun hingga lembut.
2.Bersihkan udang dan sotong, cuci bersih tabur tepung gandum, serbuk kunyit garam dan lada sulah.
3.Goreng hingga masak angkat dan ketepikan.
4.Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing, masuk sos tiram. Tambah kiub ayam, agak garing masukkan suhun. Kacau rata dan sebati.
5.Masuk sayur kucai dan tauge. Kacau lagi hingga sebati, masuk udang dan sotong gaul rata. Sedia dihidangkan.

Foto & Resipi: Norzila Saim (www.zila4ever.blogspot.com)


SUMBER : utusantv.com



Live Website Traffic


loading...