EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Resipi Sup Ayam Paling Mudah, Cepat & Sedap! 15 minit Dah Siap Masak

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Seorang wanita berkongsikan resepi sup ayam paling mudah, cepat dan semestinya sedap! Hanya mengambil masa 15 minit dah siap sup ayam seperiuk. Suami dan anak-anak pun makan berselera, siap bertambah. Jom cuba!

Resipi Sup Ayam Paling Mudah, Cepat & Sedap! 15 minit Dah Siap Masak

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia sebesar ibu jari
  • Bawang besar 1 biji
  • Sup bunjut
  • 2 kiub pati ayam
  • Cili padi 2 biji (titikkan)
  • Lada hitam secubit (tumbukkan)
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup & daun bawang
  • 6 biji bawang merah kecil (hiris nipis)

Cara-cara:

  1. Masukkan ayam dan air dalam periuk. Hidupkan api.
  2. Masukkan bawang putih, halia dan bawang besar dalam periuk bersama ayam tadi, Biarkan masak bersama.
  3. Masukkan sup bunjut.
  4. Biarkan semua bahan mereneh.
  5. Bila ayam dah masak, masukkan 2 kiub pati ayam.
  6. Nak lagi pedas, masukkan cili padi.
  7. Masukkan lada hitam yang sudah ditumbuk. Kemudian masukkan garam secukup rasa, daun sup dan daun bawang.
  8. Dalam kuali lain, gorengkan bawang merah kecil yang sudah dihiris nipis.
  9. Bila bawang dah kekuningan, terus masukkan ke dalam sup tadi sekali dengan minyak.
  10. Siap, selamat mencuba!

Kredit: Ameera

Baca juga: Cara Buat Ayam Kunyit Kicap Berempah Yang Terlajak Sedap, Confirm Makan Bertambah!

0/5 (0 Reviews)



SUMBER : dailymakan.com



Live Website Traffic


loading...