EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Resipi mudah homemade inti kacang merah. Buat inti pau boleh, sapu pada roti pun boleh..

0 month ago, 19-Nov-2020

Tiba-tiba tekak teringin mahu makan pau inti kacang merah tetapi tidak tahu pula cara untuk membuat intinya.

Jangan runsing lagi. Kali ini kami akan kongsikan resipi homemade inti kacang merah khas untuk anda.

Marlia Lia/Facebook

Resipi ini sebenarnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Marlia Lia yang tidak lokek berkongsi ilmu.

Antara bahan yang diperlukan :

  • 400 gram kacang merah (dibasuh dan direndam semalaman)
  • Air (untuk merebus)
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega (boleh digantikan dengan minyak jagung atau minyak masak)
  • 4 sudu besar shortening (lemak sayuran)
  • 1 keping gula nisan
  • 1 cawan lebih gula pasir (ikut citarasa masing-masing)
  • Sedikit garam
  • Dua helai daun pandan (disimpulkan)

Kaedah penyediaan :

  1. Basuh dan bilas kacang merah yang telah direndam kemudian rebuskannya hingga empuk dan lembut bersama daun pandan
  2. Tambahkan air panas beberapa cawan lagi jika kacang masih belum empuk
  3. Sesudah empuk, sejukkan seketika sebelum dikisar halus
  4. Masak semula kacang yang telah dikisarkan tadi bersama gula, marjerin, lemak sayuran dan garam menggunakan api sederhana hingga likat.
  5. Sejukkan dahulu sebelum disimpan. Siap!
Marlia Lia/Facebook
Tambah Marlia, hasil inti menggunakan kacang merah bersaiz besar agak kurang memuaskan. Ia mengambil lebih masa untuk direbus hingga empuk.

Membuat inti sendiri membolehkan kita menyesuaikan sendiri kandungan gula misalnya. Jika gemarkan manis, lebih gula dan begitulah sebaliknya.

Marlia Lia/Facebook
Yang dijual di kedai pula rata-ratanya manis. Inti kacang merah ini bukan sahaja enak dijadikan inti pau malah anda boleh sahaja sapukannya pada roti seperti kaya.

Sedapnya. Selamat muncuba!

Maybe you're interested :



SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...