www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Resipi cendawan flammulina goreng rangup yang ringkas dan mudah

0 month ago, 16-Mar-2019


Cendawan goreng sudah pasti menjadi snek kegemaran ramai. Tetapi untuk mendapatkan cendawan goreng yang rangup memerlukan penyediaan bahan dan cara memasak yang betul. Seorang netizen berkongsi resipi cendawan flammulina atau cendawan tauge goreng rangup yang amat ringkas dan mudah.

Bahan-bahan.

  • Cendawan flammulina velutipes , juga dikenali enokitake atau cendawan tauge
  • Dua biji telur ayam
  • Tepung jagung
  • Cili merah dan hijau untuk hiasan
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan dan memasak.

1. Pukul sebati dua biji telur di dalam mangkuk.

2. Masukkan cendawan dan salutkan ke dalam telur yang telah dipukul dengan rata.

3. Salutkan cendawan flammulina dengan tepung jagung sebanyak beberapa kali lapisan.

4. Panaskan minyak di dalam kuali. Set kepada api sederhana dan goreng cendawan selama 2 minit.

5. Apabila kelihatan kekuningan dan rangup, angkat cendawan goreng dan tapiskan minyak.

6. Taburkan cendawan flammulina goreng rangup dengan taburan cili merah dan hijau yang dipotong kecil. Anda juga boleh taburkan sedikit campuran lada sulah atau serbuk cili dan garam mengikut rasa.

Hidangan cendawan flammulina goreng yang rangup dan enak sebagai snek ringan seisi keluarga di rumah. Selamat mencuba!

: Cocomy

 

Resipi cendawan flammulina goreng rangup yang ringkas dan mudah Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts