www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Repeat 10 Kali Tengok! Netizen Terhibur Lihat Hairul Azreen Menari Lagu Temberang!

0 month ago, 13-Jan-2019


Please follow and like us:

1

Pelakon popular, Hairul Azreen berkongsi video yang dirakam ketika dia menari lagu Temberang di pentas Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) Jumaat lalu.

Hairul yang menari bersama ahli kumpulan Bocey itu telah mencuit hati ramai netizen di perkongsian yang dibuat menerusi entri di Instagramnya (IG) semalam.

Video viral, Ayda Jebat feat Hairul Azreen & Bocey.

Good luck untuk final #Bocey, tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan mereka sangat terhibur melihat gelagat Hairul bersama kumpulan Bocey pada malam itu dan turut mendoakan kejayaan Bocey di pentas akhir.

Seriously memang best korang last night! 10 kali ulang tengok 10 kali lah gelak.

Terbaik lah korang semalam, pecah perut.

Comel je semua, tulis netizen.

Lagu Temberang yang dipopularkan oleh Ayda Jebat itu kini telah mencecah 5.6 juta tontonan di YouTube selepas tiga minggu ditayangkan.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

: Gempak

Pelakon Hanis Zalikha terkenang saat hampir dimalukan oleh seorang individu di sebuah kedai makan ketika hamil anak pertama suatu ketika dahulu.

Hanis berkongsi kisahnya menerusi akaun Instagramnya hari ini.

Kata Hanis, kejadian loya dan muntah pada pagi tadi membuatkan dia mengimbas kembali kisah tersebut.

I am in my second trimester. Perut dah besar. Tapi masih loya teruk. Tadi baru lepas muntah pagi dan tiba-tiba teringat satu kejadian waktu mengandungkan Yusuf dulu.

Ada satu pagi tu, kitorang on the way pergi office, dan setiap kali pergi office kami akan singgah satu cafe ni untuk sarapan sebelum masuk kerja.

Jadi kami pun order makanan yang biasa kami makan dan mula bersarapan. Dah nak selesai macam tu Hanis mula loya balik.

Ya Allah cuba tahan tak nak muntah (sebab sayang makanan dan tak nak lemah satu badan lepas muntah), tahan punya tahan tapi lari jugak ke tandas cafe tu.

Dan buwek keluar segala isi perut. Sambil air mata mengalir. Dalam 5 minit berbuwek buwek, selesai episod duka lara dalam tandas, terus cuci mulut, betulkan tudung dan keluar buat macam biasa.

Selepas duduk dan tunggu suami habis makan. Waktu ni dah tak larat nak makan apa-apa dah. Tertoleh ke kiri nampak staff situ (warga asing) macam pandang tapi bukan macam pandangan biasa.

Tanyalah suami ayang kenapa staff tu pandang I macam lain. Tak tahu nak cakap lain macam mana tapi memang lain.

Lepas itu suami cakap takde apa-apa. Tapi tak puas hati, tanya dia banyak-banyak lagi. Akhirnya dia cerita time Hanis muntah, kedengaran juga dari luar sebab tandas dalam cafe kan. (Omg malunya).

Lepas itu ada pakcik tua ni buat muka annoyed sangat-sangat selama kedengaran Hanis muntah tu. Pastu time dia bayar kat cashier dia bising-bising sampai satu cafe dengar, dia cakap apeni saya makan kat sini bayar, bukan nak dengar orang muntah-muntah! (Something along the line tapi memang unpleasant to hear).

So my husband walked up to him and said ye abang, kenapa? Minta maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung. Terus pakcik tuh macam takdelah *mumble2* dan berlalu pergi, tulisnya.

Menerusi coretan itu, Hanis juga memberitahu bahawa suami merupakan seorang pelindung buat para isteri yang berada dalam kesusahan.

Bila-bila terkenang balik kejadian tu, baru faham sendiri maksud: Suami adalah pelindung. Walau dalam ketiadaan kita dia melindungi kita, tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Hanis kuat menempuhi dugaan mabuk hamil untuk anak keduanya itu.

Selain itu, mereka juga meluahkan pendapat dan berharap agar rakyat Malaysia lebih peka dan bersifat tolenrasi terhadap ibu-ibu hamil.

Foto: Instagram @haniszalikha

: Gempak




SUMBER : gengsembang.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts