EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

RENTAS NEGERI : KJ LETAK KEPERCAYAAN KEPADA RAKYAT UNTUK PATUH SOP

0 month ago, 09-Oct-2021

SEREMBAN : Kebenaran rentas negeri selepas 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksin merupakan langkah yang sesuai untuk diambil.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata beliau meletakkan kepercayaannya kepada rakyat Malaysia untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 bagi membendung penularan Covid-19.

Saya rasa liputan vaksinasi kita sudah pun mencapai liputan yang agak luas dan selagi kita mengamalkan SOP yang ketat dan kita mampu mengawal penularan. Saya ingin dan saya perlu percaya kepada rakyat Malaysia.

Sekiranya kita tidak beri kebenaran merentas negeri, ini akan menyumbang kepada pelbagai masalah lain dari segi tekanan mental, tekanan emosi kerana ramai yang sudah hampir setahun tidak berjumpa dengan ibu bapa dan keluarga, sebab itu kita letas paras 90 peratus, kita rasa ini adalah paras yang kita rasa selesa, katanya.

Khairy Jamaluddin berkata demikian selepas merasmikan wad kanak-kanak dan pelancaran Mesin Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di Pusat Perubatan Mawar, Seremban, Negeri Sembilan, pagi tadi. 

Sementara itu mengulas cadangan kebenaran rentas negeri hanya selepas 90 peratus populasi negara divaksin, Khairy berkata jika tindakan itu diambil ia akan melewatkan kebenaran rentas negeri iaitu sekitar pertengahan tahun hadapan. — AlHijrah Online.



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...