EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

RENTAS NEGERI: CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG SEMAKIN MENYINAR

0 month ago, 11-Oct-2021

Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: “Cahaya di hujung terowong” semakin menyinar hasil usaha ramai pihak terutama dalam menjayakan pemberian suntikan vaksin COVID-19 untuk melindungi rakyat Malaysia.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beberapa kelonggaran termasuk kebenaran merentas negeri diberikan selepas risiko dinilai serta kadar peratusan penerima vaksin.

Hari ini, kita sudah mula melihat dan menikmati hasil kerjasama rakyat dan kerajaan serta pengorbanan para petugas barisan hadapan dalam memerangi COVID-19.

Ambil peluang rentas negeri ini untuk menziarahi orang tua dan keluarga tercinta yang dirindui, mencari rezeki, membantu peniaga-peniaga kecil dengan melancong dalam negeri, membeli barangan buatan tempatan dan makan beraneka makanan yang diidamkan, dalam kenyataan di Facebook beliau.

Muhyiddin mengingatkan rakyat untuk tidak leka serta alpa dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengamalkan kawalan kendiri dengan ketat.

Beliau menyarankan orang ramai untuk melakukan ujian kendiri bagi mengesan jangkitan COVID-19 dengan lebih cepat supaya isolasi boleh dilakukan dengan lebih efektif dalam usaha memutuskan rangkaian jangkitan virus tersebut dalam komuniti.AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...