EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Mat rempit cuba elak sekatan lalu melanggar sukarelawan polis di Kluang

0 month ago, 17-Sep-2020

Gejala mat rempit bukanlah satu isu baru bahkan ia sudah lama wujud. Aktiviti mereka bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri bahkan pengguna jalan raya yang lain juga.

Pada 15 September lalu, seorang sukarelawan polis telah mengalami kecederaan setelah dilanggar oleh mat rempit ketika Ops Motosikal dijalankan di Jalan Hashim, Kluang, Johor.

Info Road JPJ/POLIS / Facebook

Dalam kejadian sekitar jam 11 malam itu, mangsa yang berumur 35 tahun cedera pada kepala, kemudiannya dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superitendan Abdul Razak Abdullah Sani, kejadian itu berlaku ketika operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Kluang pada jam 10 malam hingga 12 tengah malam.

Ketika itu, motosikal ditunggangi seorang lelaki secara tiba-tiba membuat pusingan U dan cuba untuk melarikan diri setelah mengetahui ada sekatan polis.

Dalam cubaan itu, anggota sukarelawan polis itu tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh.

Lelaki berkenaan yang sempat melarikan diri walau bagaimanapun berjaya ditahan tidak lama selepas kejadian itu berlaku.

Tambah beliau, penunggang motosikal yang berusia dalam lingkungan 20-an itu turut mengalami kecederaan pada kedua-dua belah tangannya dan kini sudah ditahan untuk tindakan lanjut.

Ini adalah contoh kecuaian yang berpunca daripada individu yang mementingkan diri sendiri.

Semoga mangsa segera sembuh dan dapat menyambung kembali tugasnya kelak.

Mat rempit cuba elak sekatan lalu melanggar sukarelawan polis di Kluang Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...