EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

REMAJA TULAR CURI TABUNG MASJID BUKAN UNTUK BELI UBAT DATUK POLIS

0 month ago, 14-Jan-2022

SUNGAI BULOH: Polis menafikan dakwaan remaja tular mencuri tabung masjid untuk membeli ubat datuknya.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar berkata, siasatan mendapati suspek berusia 19 tahun yang mencuri tabung masjid itu untuk membeli dadah dan bermain judi dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN – PENCURI TABUNG MASJID DITABUR KAPUR BARUS, DIMANDIKAN SEPERTI JENAZAH

“Soal siasat kami dapati dia mencuri untuk beli dadah dan untuk bermain judi atas talian di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.

“Ujian saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis syabu,” katanya.

Shafa’aton berkata, berdasarkan pengakuan suspek, dia telah terjebak dalam penagihan dadah sejak kira-kira setahun.

ARTIKEL BERKAITAN – REMAJA TULAR DIMANDIKAN SEPERTI JENAZAH DIPENJARA 10 HARI

Semalam, seorang remaja lelaki yang videonya tular dimandikan seperti jenazah selepas ditangkap kerana mencuri duit tabung masjid dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang.

Hukuman dijatuhkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan selepas tertuduh yang berusia 19 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Masjid Al Islahiah, Rawang pukul 11.58 malam pada 8 Januari lalu (2022).–AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...