EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Remaja di Sabah dikejarkan ke hospital akibat masalah pernafasan dipercayai mempunyai kaitan dengan penggunaan vape

0 month ago, 10-Nov-2019

Seorang remaja berusia 17 tahun di Sabah dilaporkan sedang dirawat di Hospital Nukleus Labuan sejak 4 November lalu setelah mengalami gangguan pernafasan dan terus dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital berkenaan.

Remaja lelaki yang sebelum ini memang mengidap penyakit asma itu didakwa mempunyai masalah pernafasan tersebut setelah cuba menghisap vape sejak dua minggu sebelumnya, kata Dr Ismuni Bohari, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan.

Gambar hiasan |Unsplash

Walau bagaimanapun, beberapa ujian seterusnya akan dijalankan terhadap remaja berkenaan untuk mengesahkan kondisinya dan beliau meminta orang ramai untuk berhenti membuat sebarang spekulasi.

Kes ini dikatakan sebagai kes berkaitan vape yang pertama di Malaysia, lapor Bernama.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Malaysia mengatakan bahawa kajian sedang dilakukan untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan rokok elektronik berikutan peningkatan bilangan kes berkaitan masalah vape dalam kalangan remaja di Malaysia.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye, kementerian sudah menubuhkan pasukan khas untuk mengkaji berkenaan perihal ini.

Remaja di Sabah dikejarkan ke hospital akibat masalah pernafasan dipercayai mempunyai kaitan dengan penggunaan vape Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...