EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

REMAJA PEREMPUAN HILANG DITEMUKAN SELAMAT DI RUMAH RAKAN

0 month ago, 18-Sep-2023

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Rabu lepasditemukanselamat di rumah rakannya di Semenyih, Selangor, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata remaja berusia15 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang oleh ibu rakannya itu kira-kira 12.30 tengah hari Sabtu selepas menyedari kes kehilangan berkenaan melalui media sosial.

“Wanita berusia 48 tahun itu telah melihat hantaran di Facebook berkaitan kehilangan remaja tersebut yang sepanjang kejadian itu menumpang di rumahnya di Semenyih,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati remaja berkenaan melarikan diri dari rumah disebabkan perselisihan faham dengan keluarga.

Katanya rakannya tidak mengetahui remaja itu melarikan diri dari rumah kerana tidak dimaklumkan mengenai perkara itu sepanjang remaja itumenumpang di rumahnya.

“Remaja itu dijumpai selamat tanpa sebarang kecederaan dan telah diserahkan kepada ibu bapanya di IPD Kajang,” katanya. 

Rabu lepas,remaja terbabitdisedari hilang setelah ibunya mendapati diatidak pulang dari sekolah dankemudian membuat laporan polis di IPD Kajang, pada hari sama. — AlHijrah Online




SUMBER : alhijrahnews.com