EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

#Bali Remaja Pengsan Dibelit Ular Sawa Peliharaan

0 month ago, 23-May-2020



Remaja lelaki pengsan di tepi jalan selepas lehernya dibelit ular sawa di Klungkung, Bali, semalam.

Memetik laporan TribunNews, Gusti Ngurah Bagus Permana, 16, ditemui orang awam rebah berhampiran motosikalnya dalam keadaan enjin masih hidup.

Menurut saksi, beberapa orang awam di tempat kejadian pada mulanya berasa takut untuk menghampiri remaja yang kelihatan kekejangan dan mukanya membiru itu kerana khuatir ia disebabkan Covid-19.

Namun, apabila dihampiri mereka terkejut melihat leher mangsa dibelit seekor sawa sepanjang lebih kurang 1.5 meter.

"Ekornya sudah masuk ke hidung dan kepala ular masuk ke celah kelangkang.


"Telinga mangsa juga sudah berdarah," katanya.



View this post on Instagram

A post shared by Kabupaten Klungkung (@kabarklungkung) on


Mereka kemudian bergegas memberi bantuan dan menghubungi ambulans sebelum Gusti dikejarkan ke hospital.

Difahamkan, ular itu diserahkan kepada pihak polis.

Menurut Pesuruhjaya polis Daerah Klungkung Nyoman Suparta, sebelum kejadian mangsa sedang menunggang motosikal sambil tangan kirinya memegang kepala ular yang ditangkapnya untuk dibawa pulang sekitar jam 11 pagi.

Namun, mangsa kemudian tiba-tiba berhenti dan rebah dalam keadaan lehernya dibelit haiwan berkenaan.

Kata Nyoman, ketika itu ekor ular sudah masuk ke lubang hidung dan kepala ular di celah kelangkang mangsa.

"Mangsa dikatakan sering menangkap ular untuk dipelihara," katanya.


SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...