EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Remaja meninggal dunia ketika bermain permainan video

1 month ago, 08-Nov-2019



BANGKOK: Seorang remaja berusia 17 tahun maut dipercayai diserang angin ahmar selepas bermain permainan video di komputer sepanjang malam dalam kejadian di Udon Thani, utara Thailand semalam.

Daily Mail melaporkan, Piyawat Harikun ditemui mati oleh bapanya, Jaranwit selepas lelaki itu masuk ke bilik untuk melihat keadaan anaknya yang menghabiskan musim cuti sekolah dengan bermain permainan video.

Dia turut mendapati keadaan bilik anaknya dipenuhi dengan bungkusan makanan serta botol minuman ringan.



Saya memanggil namanya tetapi tidak bergerak balas. Ketika itu dia sudah meninggal dunia, katanya.

Pihak hospital yang melakukan pemeriksaan lanjut ke atas mayat mangsa mengesahkan remaja terbabit maut akibat serangan angin ahmar yang dipercayai berpunca daripada aktiviti bermain permainan video sepanjang malam.

Anak saya seorang pelajar bijak namun mempunyai masalah ketagihan terhadap permainan video. Saya cuba menasihatinya namun kini sudah terlambat, kata Jaranwit.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 November 2019 @ 1:05 AM

https://bit.ly/2WJRvMw

SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...