EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Paru-Paru Remaja Ini Bocor Teruk Selepas Setahun Hisap Vape

0 month ago, 10-Oct-2019


Merokok biasanya dikaitkan masalah paru-paru, namun masih ramai yang tidak mampu berhenti dan ketagih dengan rokok meskipun di luar kotak rokok itu menampilkan amaran yang mengerikan.

Baru-baru ini, seorang mahasiswa dari Universiti International Florida (FIU), Miami berdepan saat getir menyebabkan paru-parunya bocor akibat pengambilan rokok moden, yang dirasakan lebih selamat.

Mahasiswa berkenaan, Chance Ammirata berkongsi gambar keadaan paru-parunya yang bocor dan dipenuhi titik hitam selepas mengakui mengambil vape selama setahun lebih.


Remaja berusia 18 tahun itu mengakui dia mengambil satu Juul pod, setiap dua hari yang bersamaan 10 batang rokok sehari.

Di peringkat awal, Ammirata beranggapan pengambilan vape lebih selamat daripada rokok dan juga alternatif kepada merokok.

Berkongsi pengalaman pahit yang dilalui, Ammirata berkata, dia terpaksa menjalani pembedahan dengan memasukkan tiub ke paru-paru demi menyelamatkan nyawa selepas paru-parunya bocor.

Keadaan itu bermula selepas bangun dari tidur dan merasakan tidak selesa di dada sebelah kiri namun beranggapan sekadar masalah biasa.


Namun keadaan tersebut berlarutan keesokan hari dan hanya mampu mendiamkan diri ketika menemani rakan-rakanya bermain bowling.

Kesemua rakan-rakan ketawa kepada saya dan ketika itu saya merasakan dada sangat sakit seperti berlaku serangan jantung, ujarnya yang dipetik DailyMail.com.

Rakan-rakannya kemudian membuat keputusan membawa ke hospital sebelum doktor mengesahkan paru-paru mengalami masalah serius dan terpaksa menunggu hampir lima jam bagi memasukkan tiub di dalam paru-parunya.

Akui remaja berkenaan, dia pelik kerana sebelum ini tidak pernah mengalami simptom-sipmtom yang menunjukkan dia berdepan masalah paru-paru seperti batuk berterusan dan kesukaran bernafas.

Ketika pasukan doktor menjalani pembedahan bagi memasukkan tiub ke dalam paru-paru supaya kembali berfungsi semula,ujarnya.

Katanya doktor untuk menjelaskan kepada dirinya sedutan asap rokok atau bahan-bahan menyerupai rokok boleh meninggalkan kesan dan menghasilkan titik-titik hitam di paru-parunya.

Ammirata berkata, dia tidak pernah merokok sebelum ini namun hanya mengambil vape, kini dia memberi amaran kepada orang lain tentang bahaya menjadi penyedut vape.

Berkongsi imej mengejutkan paru-parunya di media sosial, remaja tersebut berkongsi pandangan mengenai vape.

Anda fikir Juul selamat. Begitu juga saya. Titik-titik hitam pada paru-paru saya adalah kenangan yang saya dapat selepas menyedut vape.

Saya telah melakukannya selama satu setengah tahun dan tidak akan melakukannya lagi, anda juga tidak sepatutnya melakukannya walaupun saya tahu betapa sukarnya untuk mengubah minda seseorang yang ketagih kerana saya juga begitu, akuinya yang masih trauma dengan keadaan yang dilalui.

: Era Baru



Live Website Traffic


loading...