www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Golf Remaja Antarabangsa AmBank -SportExcel: China lakar kejuaraan berganda

0 month ago, 07-Dec-2018


Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulam Ambank, Syed Anuar Syed Ali (kanan) dan Pengarah Eksekutif SportExcel, C Sivanandan (kiri) bersama bersama pemenang pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Kumpulan Ambank – Sport Excel Ke-13 di Glenmarie Golf and Country Club, semalam. Foto: Bernama

PEMAIN China mengecapi kejuaraan berganda apabila menjuarai Kategori A (15 hingga 18 tahun) Lelaki dan Perempuan dalam Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa AmBank -SportExcel Ke-13 di Glenmarie Golf and Country Club, di sini, semalam.

Lin Jia Hao memenangi kategori lelaki dengan mencatatkan satu bawah par 71 dalam pusingan hari ini untuk mendapatkan keputusan selepas berakhir dua pusingan keseluruhan, tiga bawah par 141 dan mendapat hadiah biasiswa setahun dari Hills Golf Academy, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, beliau membuat keputusan untuk memberikan biasiswa itu kepada pemain golf remaja Malaysia, Mirabel Ting Ern Hui kerana mahu memberi peluang kepada Ting untuk mengasah bakatnya di seberang laut.

Mirabel, sebaliknya, memenangi Kategori B perempuan 13 hingga 14 tahun dengan keputusan keseluruhan dua pusingan tiga bawah par 141.

“Ia kejohanan yang mencabar, dan saya tidak menjangka untuk berakhir di tempat pertama dalam kumpulan. Saya sangat gembira dengan pencapaian saya dan saya berharap untuk meneruskan momentum ini untuk kejohanan akan datang, kata Mirabel.

Syed Anuar Syed Ali dan C Sivanandan (kiri) bersama juara keseluruhan kategori perempuan dari Malaysia, Mirabel Ting Ern Hui (dua, kiri) dan juara keseluruhan kategori lelaki dari China, Lin Jia Hao (dua, kanan) pada Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Kumpulan Ambank – Sport Excel Ke-13 di Glenmarie Golf and Country Club, semalam.

Rakan sepasukan Jia Hao, Zhang Yue muncul sebagai juara dalam Kategori A Perempuan dengan keputusan keseluruhan satu bawah par 145.

Pemain Malaysia, Winnie Ng Yu Xuan menduduki tempat kedua dengan dua pukulan di belakang Zhang.

Selain daripada dua kejayaaan hari ini, China juga memenangi acara Berpasukan Antara Negara dan membawa pulang Piala Tunku Imran.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali.

Sejumlah 146 pemain dari lapan negara mengambil bahagian dalam kejohanan berlangsung sebanyak dua pusingan yang dibahagikan kepada enam kategori – Lelaki dan Perempuan A (15 hingga 18 tahun), Lelaki dan Perempuan B (13 hingga 14 tahun), Lelaki dan Perempuan C (10 hingga 12 tahun).

Lapan negara yang menghantar wakil pada kejohanan kali ini ialah Australia, China, India, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia selaku tuan rumah, Thailand dan Taiwan. – Bernama

Golf Remaja Antarabangsa AmBank -SportExcel: China lakar kejuaraan berganda Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts