EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Rekod Arteta Dalam 50 Perlawanan Pertama Arsenal Jauh Lebih Teruk Dari Emery

0 month ago, 04-Apr-2021

Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke-50 Mikel Arteta sejak membimbing Arsenal berakhir dengan kekalahan 3-0 kepada Liverpool di tempat sendiri.

Kedua-dua pasukan bergelut dengan prestasi tidak menentu pada musim ini, namun Liverpool tampil dengan persembahan berkelas dunia untuk menundukkan The Gunners di Stadium Emirates menerusi dua gol Diogo Jota serta satu dari Mohamed Salah.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah rekod Arteta dalam 50 perlawanan liga pertamanya sejak Disember 2019 di mana ianya lebih teruk dari bekas pengurus Unai Emery di mana beliau telah tewas 17 perlawanan, empat perlawanan lebih banyak dari dari Emery.

Dari segi kutipan mata, Arsenal hanya mengumpul 75 mata dalam 50 perlawanan dan ianya 12 mata lebih rendah daripada apa yang diraih oleh Emery dalam jumlah perlawanan yang sama.

Worrying stats in goals scored and win percentage:
Arteta (First 50 games) 42%
Emery (51 games) 49%
Wenger (Last 50 games) 54%

Goals scored:
Arteta (First 50 games) 72
Emery (51 games) 91
Wenger (Last 50 games) 96

Arsenal have gone from world beaters to average. ???? pic.twitter.com/zL9xQckXiq

Ryanlcfc3 ?????????????????? (@Ryanlcfc2) April 4, 2021

Satu-satunya perkara yang menjadikan jurulatih berusia 39 tahun itu lebih baik dari Emery adalah kejayaannya membawa pulang Piala FA pada musim lepas.

Musim ini Arsenal telah tewas 12 perlawanan liga dan kini sekadar berada di tangga kesembilan dengan 42 mata dan mungkin jatuh ke tangga ke-10 jika Aston Villa menewaskan Fulham pada Ahad.

Ia menjadikan sasaran Arsenal untuk mengakhiri musim ini di kedudukan empat pasukan terbaik dan layak ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dilihat semakin sukar, apatah lagi mahu mencabar kejuaraan liga yang kali terakhir dimenangi pada musim 2003/04.

Ironinya prestasi Arsenal di kejohanan Liga Europa begitu memberangsangkan dan telah menempah slot ke suku akhir dan bakal berdepan Slavia Prague di pusingan lapan pasukan terakhir itu.

Arsenal lose by 3 goals at home for the 8th time in the @premierleague and 2nd time this season (also v Aston Villa in November)

Had 36% possession 5th time with under 40% at home in PL under Arteta.

Had under 40% in 2 of 152 PL home games in Wenger's final 8 seasons pic.twitter.com/NLnoLOfidU

Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) April 3, 2021

Dalam sidang media selepas perlawanan menentang Liverpool, Arteta mengakui beliau sukar untuk menerima kekalahan dengan jurang gol yang besar, namun mengakui beliau bertanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan memalukan itu.

Mereka lebih baik dari setiap sudut, mereka memenangi perebutan bola, setiap cabaran, sangat berani apabila menguasai bola, membuat keputusan yang betul, tetapi kami tidak. Ianya adalah kesilapan saya.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal:

Ini Perancangan Arteta Untuk Odegaard Menyinar Di Arsenal

Adakah Ozil Wajar Dianggap Legenda Arsenal Dan Dibina Tugunya Di Emirates?



SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...