EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Rejim Mesir tak benar Ismail Haniyeh keluar negara

1 month ago, 12-Jul-2019

PALESTIN Rejim Mesir menolak permohonan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), bagi membolehkan pemimpin tertingginya, Ismail Haniyeh, melawat beberapa negara, termasuk Iran, Turki, Qatar, Malaysia dan Russia.

Akhbar Al-Araby Al-Jadeed melaporkan sumber rejim Mesir berkata, selepas menangguhkan maklum balas terhadap permohonan itu, Kaherah akhirnya membuat keputusan menolaknya.

Katanya, permohonan itu ditolak dengan alasan suasana keselamatan di rantau berkenaan yang tidak membolehkan Haniyeh melakukan perjalanan.

Hamas pula berkata, adalah jelas bahawa Mesir menolak lawatan Haniyeh kerana Kaherah membantah negara-negara yang hendak dilawati itu.

Beliau menegaskan Hamas membuat keputusan pegawai kanannya, Mousa Abu Marzouk akan mengetuai delegasi ke Moscow minggu depan bagi membincangkan beberapa isu, termasuk perdamaian di Palestin.

itu berkata, lawatan yang dirancang untuk Haniyeh ditunda beberapa kali dengan harapan rejim Mesir memberi kebenaran.

Sejak diangkat mengetuai Hamas pada Mei 2017, Haniyeh tidak pernah melakukan lawatan ke luar negara. Lawatannya hanya terhad di Mesir iaitu pada September 2017, Februari 2018, Mei 2018 dan Februari lalu.

Ketika lawatan itu, beliau berbincang dengan pegawai Mesir bagi mencari jalan menamtakan pengepungan ke atas Semenanjung Gaza, dan mewujudkan hubungan dua hala.

Lawatan terakhir beliau sebelum mengetuai Hamas ialah pada September 2016 dan Januari 2017, membabitkan Mesir, Arab Saudi dan Qatar.

Semenanjung Gaza yang ditadbir Hamas kini dikepung oleh Israel dan Mesir. Untuk keluar negara, pemimpin Hamas perlu melalui pintu sempadan di Rafah untuk memasuki Mesir, seterusnya ke negara-negara lain.

November tahun lalu, pegawai Hamas berkata, Haniyeh akan melakukan lawatan ke beberapa negara Arab dan Islam, termasuk Qatar; Mesir; Turki; Iran; Algeria; Lubnan; Kuwait; Mauritania; Malaysia; Indonesia dan Maghribi, tetapi ia tidak pernah berlaku.

Rejim Mesir pimpinan Abdel Fattah el-Sisi sudah beberapa kali menolak permohonan Hamas bagi membolehkan Haniyeh melakukan lawatan ke luar negara. Ismaweb

www.indahnyaislam.my

-

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)


SUMBER : indahnyaislam.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com