EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Reina cuak dijangkiti Covid-19

0 month ago, 25-Mar-2020

PENJAGA Gol Aston Villa, Pepe Reina merasakan dia dijangkiti wabak Covid-19.

Reina, yang menyertai Villa secara pinjaman dari AC Milan Januari lalu, tidak dapat melakukan ujian namun doktor menjangkakan dia mempunyai simptom virus berkenaan.

Mereka tidak akan melakukan ujian kecuali jika anda berasa kurang sihat.

Saya berbincang dengan doktor mengenai simptom yang saya alami dilihat sama seperti terkena virus berkenaan namun belum ada sebarang pengesahan rasmi, kata Reina kepada stesyen radio, Cope.

Reina mengambil langkah pencegahan dengan berusaha untuk tidak menyebarkan penyakit berkenaan kepada mereka yang tinggal bersamanya.

Dia yang beraksi 36 kali bersama Sepanyol dan meraih kejuaraan Piala Dunia bersama negaranya pada 2010 berkata, dia lebih bimbang dengan mereka yang tinggal sekelilingnya.

Kami sangat istimewa kerana mempunyai rumah besar beserta dengan taman.

Saya risau dengan mereka yang tinggal di apartment berkeluasan 70 meter persegi berdekatan rumah kami dan mempunyai dua anak. Bagi saya mereka menunjukkan semangat yang kuat, kata bekas penjaga gol Liverpool itu.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...