EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Rehatlah papa moga kematianmu terbela (8 gambar)

0 month ago, 11-Aug-2019


Bangi :  Jenazah Syed Muhammad Danial selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota, Bangi, 4.45 petang.


Terdahulu, jenazah Syed Muhammad Danial dibawa ke Masjid At Taqwa di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, untuk disembahyangkan sebaik selesai proses bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang kira-kira 3 petang tadi.
Lebih 100 individu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan Syed Muhammad Danial hadir di tanah perkuburan berkenaan.
Isteri mangsa, Qistina Ayu Rozhan, 28, dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menyiram air ke pusara suaminya sebelum ditenangkan bapanya, Mohd Rohzan Ramlee, 57.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Syed Muhammad Danial disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku berpunca daripada kemalangan kecil antara Syed Muhammad Danial dan suspek berusia 40 tahun selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.
Difahamkan kereta Syed Muhammad Danial melanggar bahagian belakang kereta suspek menyebabkan berlaku kejar mengejar sehingga kenderaan mereka berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi.
Menurutnya, berlaku pergaduhan antara suspek sebelum mangsa yang dikatakan tidak berpuas hati keluar dari kenderaannya dengan membawa kayu besbol dan terus memukul bahagian hadapan kereta suspek.
Suspek yang kemudian menekan pedal minyak dalam keadaan tergesa-gesa terlanggar Syed Muhammad Danial.
Kejadian itu menyebabkan Syed Muhammad Danial tersepit di antara kereta suspek dan penghadang jalan sebelum dikejarkan ke Nilai Medical Centre oleh orang awam.
Dalam pada itu keluarga mangsa berkata Jika benar berlaku pergaduhan, tidak perlu hingga meragut nyawa kata Mohd Rohzan Ramlee, 57, bapa mentua Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29.
rehatlah-papa-moga-kematianmu-terbela-8gambar
rehatlah-papa-moga-kematianmu-terbela-8gambar

rehatlah-papa-moga-kematianmu-terbela-8gambar
Syed Muhammad Danial meninggal dunia selepas dilanggar kereta dipandu seorang lelaki di KM293.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur keluar Bangi, semalam.
Dalam kejadian 1.40 tengah hari itu, Syed Muhammad Danial disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Nilai Medical Centre.
Mohd Rozhan Ramlee berkata, dia dimaklumkan berita mengenai kejadian menimpa menantunya itu melalui anak bongsu, Zafri Amir, 19, selepas dimaklumkan oleh rakannya yang kebetulan lalu di lokasi kejadian kira-kira 2 petang, semalam.
Sebaik menerima berita itu, saya bersama anak bergegas dari rumah di Bukit Mahkota ke lokasi untuk melihat keadaan menantu.
Zafri yang tiba dulu di lokasi kemudian membawa abang iparnya ke klinik kesihatan berhampiran menaiki kereta orang awam sebelum dibawa ke Nilai Medical Centre selepas mendapati klinik berkenaan tutup, katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang, hari ini.
Mohd Rozhan berkata, dia yang tiba bersama isteri mangsa, Qistina Ayu Rozhan, 28, di lokasi lima minit kemudian mendapati bahagian belakang kereta dipandu menantunya itu kemek.
Jika dilihat pada kerosakan kereta menantu, tidak ada kerosakan ketara dan saya beranggapan dia mungkin hanya cedera ringan.
Namun, sebaik tiba di Nilai Medical Centre, menantu disahkan meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala dan dalaman.
Saya amat terkejut dengan perkhabaran itu kerana tidak menyangka dia meninggal dunia dalam kejadian itu tanpa menyedari apa yang benar-benar berlaku kepadanya, katanya.
Katanya, dia mengakui ahli keluarga menerima pelbagai spekulasi berkaitan kejadian menimpa menantunya itu berikutan penyebaran status serta video yang dimuat naik di media sosial sejak semalam.
Saya ada dengar pelbagai versi mengenai kejadian itu. Namun, kita sendiri tidak mengetahui apa yang berlaku. Jika benar seperti yang dikata (pergaduhan), tidak perlu sehingga meragut nyawa.
Sebagai bapa mentuanya, menantu seorang yang baik dan hormat pada orang tua. Saya sama sekali tidak menyangka kejadian ini menyebabkan cucu saya kehilangan bapa dalam sekelip mata.
Menantu seorang anak yang taat kerana setiap hujung minggu dia akan membawa isteri dan anaknya ke rumah ibunya di Shah Alam.
Jika diikutkan perancangan, mereka sekeluarga mahu menyambut Aidiladha di rumah ibunya , katanya yang berazam untuk membesarkan cucunya. Al fatihah.

Kredit Harian Metro

SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com