EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Siri Redmi Note 7 cecah 15 juta unit jualan dalam masa 6 bulan!

0 month ago, 10-Jul-2019

Jenama Redmi bukan lagi nama yang asing pada masa kini lebih-lebih lagi di Malaysia. Redmi sememangnya cukup terkenal dengan penawaran telefon pintar dengan spesifikasi yang hebat dan harga sangat berpatutan. Sejak awal bulan Januari yang lepas, Redmi telah mengumumkan bahawa mereka adalah sub-jenama kepada Xiaomi yang memfokuskan sasaran pasaran yang berbeza dari Xiaomi.

Pada awal Januari juga, Redmi telah melancarkan telefon pintar pertama mereka di China iaitu model Redmi Note 7 yang dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 660 dan harga bermula RM679 buat harga rasmi di Malaysia yang dilancarkan pada awal bulan Mac.

Hari ini, Xiaomi telah mengeluarkan hasil jualan siri Redmi Note 7 yang telah mencecah 15 juta unit terjual dalam masa 6 bulan sahaja pada peringkat global. Ia sememangnya salah satu berita baik buat Xiaomi dan batu loncatan buat jenama Redmi di seluruh negara.

Siri Redmi Note 7 cecah 15 juta unit jualan dalam masa 6 bulan! TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com