EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Redah Hujan Bersama Basikal Uzur Untuk Hantar Makanan, Pemuda Ini Tampil Bantu Belikan Basikal Baharu

0 month ago, 19-Nov-2020

Rakyat Malaysia dikenali sebagai rakyat yang sangat pemurah. Walaupun kita masih berada di dalam situasi pandemik, di mana ramai yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan, perkara itu tidak menjadi penghalang untuk mereka terus membantu individu yang memerlukan.

Antaranya salah seorang pemuda ini yang mahu dikenali sebagai Syamieyl, juga merupakan seorang pengurus di NGO Al-Hikmah Charity, memuat naik bebenang ciapan mengenai seorang pemuda yang bekerja sebagai penghantar makanan dengan menaiki basikal.

Tangki air mata aku pecah malam ni, kenapa? Ianya berkait dengan gambar kt bawah. Teruskan membaca sehingga akhirnya.

aku harap korang viralkan ye, biar dapat tolong lagi ramai orang???? #Alhikmahcharity

From This To This pic.twitter.com/3fsR2lmHe7

— SYAMIEYL ? (@syamieyl95) November 18, 2020

Al-kisahnya, rakan Syamieyl membuat pesanan makanan secara dalam talian menggunakan aplikasi Foodpanda untuk menyambut hari lahir anaknya dan dari situ terjumpa penghantar makanan berkenaan ataupun nama sebenarnya Mohd Afizull Imran.

“Kisah bermula petang semalam lepas member aku order makanan dkt Food Panda utk celebrate birthday anak dia, then bila turun ambik makanan abg food panda ni berbasikal, dah la basikal uzur, redah hujan lebat pulak tu”- tulis Syamieyl di Twitter

Image

Tersentuh hati melihat penghantar makanan itu sanggup meredah hujan bersama basikal uzur untuk menghantar makanan mereka, Syamiel menawarkan diri untuk membantu membeli basikal yang baharu.

Ikuti kisah yang ditulis Syamieyl ini :

Masa call tu aku set nak jumpa dia malam tu nak belikan dia baju hujan dengan mask, jadi lepas dia balik kerja pukul 10 aku jumpa dia.

Dia kata masa otw balik dia jumpa kedai bundle, dia jumpa baju hujan bundle rm3????. Baju yang dia pkai tu baju hujan bundle la… pic.twitter.com/gZwkMBbfwZ

— SYAMIEYL ? (@syamieyl95) November 18, 2020

Aku dengan member terus gi usya basikal yang dah survey dari pagi smpai petang dari member2 kaki basikal. Terus beli basikal guna duit sumbangan orang ramai dekat NGO..

Muat weh sumbat basikal dalam viva.???? pic.twitter.com/t1s4y3iAbE

— SYAMIEYL ? (@syamieyl95) November 18, 2020

So bila smpai dkt rumah mak mertua dia tu.. ni momen yg sedih sgt aku rasa, tahan je air mata jantan tumpah.

Anak kecik dia sambut dia balik, anak kecik ni tak kenal lagi erti kesusahan ayah dia gateh basikal cari rezeki.

Ayah dia terharu juga bila dpt basikal baru…

— SYAMIEYL ? (@syamieyl95) November 18, 2020

Aku nak dedikasikan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang menyumbang bagi sumbangan Basikal kepada NGO Al-Hikmah Charity. pic.twitter.com/wSzVenJ0Mc

— SYAMIEYL ? (@syamieyl95) November 18, 2020

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Syamieyl dan rakannya kerana sanggup membantu penghantar makanan berkenaan.

Apabila ditanya mengenai pemuda itu, Syamieyl berkata dia tidak meminta sebarang bantuan daripada mereka malah bersyukur kerana ada yang sanggup membantunya.

Semoga lebih ramai rakyat Malaysia ada kesedaran untuk membantu satu sama lain.

Ingat, di dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain juga.

Redah Hujan Bersama Basikal Uzur Untuk Hantar Makanan, Pemuda Ini Tampil Bantu Belikan Basikal Baharu first appeared on Hot FM.



SUMBER : hotfm.com.my



Live Website Traffic


loading...