EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Rebah ketika sesi penggambaran, Godfrey Gao disahkan meninggal dunia

0 month ago, 27-Nov-2019

CHINA Aktor dan model kacak kelahiran Taiwan yang juga warganegara Kanada, Godfrey Gao, berusia 35 tahun hari ini telah disahkan meninggal dunia setelah rebah ketika sedang menjalani penggambaran untuk sebuah rancangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Godfrey Gao (@godfreygao) on

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 1:45 pagi, di mana beliau pada ketika itu sedang menjalani penggambaran untuk rancangan Chase Me yang disiarkan di China. Beliau secara tiba-tiba rebah lantas membuatkan krew penggambaran cuba memberi bantuan pernafasan.

Menurut beberapa orang saksi, mereka lihat Godfrey pada ketika itu mengalami keletihan melampau semasa berlari dan sudah berulang-ulang kali berkata bahawa, Saya tidak mampu teruskan lagi dalam bahasa Mandarin sebelum rebah.

Beberapa media China turut melaporkan bahawa Godfrey masih juga tidak menunjukkan sebarang respon dan tidak sedarkan diri walaupun setelah diberi bantuan pernafasan oleh krew penggambaran.

Difahamkan bahawa jantung Godfrey telah terhenti selama 3 minit sebelum mula berdegup kembali setelah 15 bantuan pernafasan dijalankan dan beliau seterusnya dibawa ke hospital. Namun menurut doktor, nyawa aktor itu tidak dapat diselamatkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Godfrey Gao (@godfreygao) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Godfrey Gao (@godfreygao) on

Ringkasnya, Godfrey dilahirkan di Taipei oleh ibunya, warga Malaysia yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang. Sementara bapanya pula seorang lelaki yang berasal dari Shanghai tetapi dibesarkan di Taiwan. Mereka sekeluarga kemudiannya berpindah ke Vancouver, Kanada.

Rebah ketika sesi penggambaran, Godfrey Gao disahkan meninggal dunia Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...