EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Realme X2 Pro kini rasmi dilancarkan di Malaysia Harga bermula RM2,399

0 month ago, 02-Dec-2019

Persoalan tentang harga jualan realme X2 Pro kini sudahpun terjawab. realme hari ini telahpun melancarkan secara rasmi di Malaysia peranti mercu terbaru mereka iaitu realme X2 Pro yang dijana dengan kuasa cip pemproses Snapdragon 855+.

Dari segi spesifikasi, realme X2 Pro dilengkapi dengan memori sehingga12GB RAMdan storan sehingga 256GB UFS 3.0, skrin bersaiz6.5-inci AMOLEDbersama paparan90Hz, quad-kamera64MP + 13MP + 8MP + 2MPmanakala kamera swafoto 16MP dan bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasanSuperVOOC 50Wyang mampu mengecas penuh100% dalam masa 35 minit sahaja!

Realme menawarkan peranti ini dengan harga RM2,399 dan akan mula dijual secara ekslusif di LAZADAChup Dulu Lazada bermula 5 Disember ini dari jam 12.00 pagi dan ke atas. Seterusnya ia akan mula dijual secara luar talian di kedai-kedai terpilih seperti DirectD pada 7 Disember dan penjualan di LAZADA bermula 12 Disember ini.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic


loading...