EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Realme X2 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Disember ini

0 month ago, 26-Nov-2019

Satu lagi peranti yang dinanti-nantikan oleh peminat telefon pintar di Malaysia iaitu realme X2 Pro yang bakal menjadi pesaing hebat kepada Xiaomi dan sub-jenama dari Xiaomi kerana ia dikhabarkan akan ditawarkan dengan spesifikasi yang tinggi bersama harga yang sangat berpatutan di Malaysia.

Ya, realme X2 Pro akan hadir di pasaran Malaysia tidak lama lagi kerana Realme baru-baru ini telah mengumumkan bahawa realme X2 Pro bakal dilancarkan di Malaysia pada 2 Disember ini. X2 Pro dijana dengan cip pemproses Snapdragon 855+.

Dilengkapi dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB UFS 3.0, skrin bersaiz 6.5-inci AMOLED bersama paparan 90Hz, quad-kamera 64MP + 13MP + 8MP + 2MP manakala kamera swafoto 16MP dan bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan SuperVOOC 50W yang mampu mengecas penuh 100% dalam masa 35 minit sahaja!

Realme X2 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Disember ini TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic


loading...