EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Realme X2 Pro bakal hadir buat pasaran tempatan

0 month ago, 04-Nov-2019

Sub-jenama terbaru dari Oppo iaitu Realme sekarang ini dilihat semakin agresif dalam penjualan dan pengeluaran telefon pintar mereka. Realme yang memfokuskan pada peranti dengan spesifikasi yang tinggi dengan harga yang sangat berpatutan kini bakal hadir dengan model pembunuh terbaru buat pasaran tempatan iaitu Realme X2 Pro.

Berita baik untuk anda. Menerusi laporan, Realme X2 Pro telahpun melepasi pengesahan Sirim di Malaysia dan menandakan bahawa peranti itu akan memasuki pasaran tempatan dalam masa beberapa bulan lagi dengan nombor model RMX1971.

Realme X2 Pro dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 855+, memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB, skrin bersaiz 6.5-inci Super AMOLED, bateri sebesar 4000mAh bersama SuperVOOC 50W.

Realme X2 Pro bakal hadir buat pasaran tempatan TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic


loading...