EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Reaksi Suami Elly Mazlein Apabila Kak Lina Pom Pom Buat Pregnancy Test Buat Orang Ramai Garu Kepala

0 month ago, 07-Apr-2021

Terdahulu, pengacara Elly Mazlein yang lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom telah mengumunkan berita gembira mengenai kehamilannya di laman Instagram. Pengacara itu meluahkan rasa syukur dan tidak sabar untuk menimang cahaya mata bagi perkahwinan keduanya bersama Cikgu Azlan.

Kak Lina Pom Pom menerusi perkongsian video Hot FM, berkongsi cerita ketika dia dan suami melihat kit ujian kehamilan bersama. Terpinga-pinga Cikgu Azlan bila tengok pregnancy test tu.

Papa dah ready ke?

Menerusi video berdurasi 2:31 minit itu menyaksikan Elly Mazlein berkongsi cerita ketika dia dan suami melihat kit ujian kehamilan bersama-sama. Difahamkan, Kak Lina ketika itu sedang menjalani penggambaran dan atas nasihat dari suami juga, dia buat ujian tersebut.

Masa mula-mula nak check urine test tu, sebenarnya Kak Lina sangat takut. Masa tu dah lewat lima hari period, masa tu Kak Lina tak nak check. Suami kata tak apa Mama, Mama check je. Masa tu tengah shooting, tengah lasak.

Bila dah check tu, tutup pregnancy test. Siap genggam lagi. Dah sama-sama kat bilik. Papa dah ready ke?. Sekali buka, suami tak ada reaction. Yela, dia tak tahu. Dia tak ada pengalaman.

Papa, nampak tak dua line?

Bagaimanapun, pasangan ini bersyukur kerana setelah sekian lama akhirnya mereka bakal dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.

Papa, nampak tak dua line? Lepas tu pelukan berlaku. Air mata pun mengalir ke pipi. Kami bersyukur. Papa kata, tahniah Mama, setelah lama kita berusaha akhirnya kita dapat baby.

: Hot FM Via OhBulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.



SUMBER : metro.allnws.com



Live Website Traffic


loading...