EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cara Rawat Sakit Gout Secara Tradisional

0 month ago, 23-Nov-2021

Bagi penghidap sakit gout, pasti anda pernah merasa peritnya apabila gout menyerang. Jika tidak rawat sakit gout, kaki akan terasa seperti disengat dan dicucuk-cucuk dengan benda tajam.

Apabila gout menyerang, ibu jari kaki akan menjadi sensitif, merah dan bengkak. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali pada waktu malam dan mengejutkan anda daripada tidur. Rasa sakit mungkin berlarutan berhari hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

Gout juga boleh menyerang di bahagian sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

Baca juga: Cara Pengambilan Garam Untuk Masakan Agar Kekal sihat

Punca Gout

Gout – adalah sejenis arthritis yang menyebabkan serangan radang secara mendadak sangat menyakitkan – berlaku apabila tahap asid urik darah anda sangat tinggi.

Asid urik adalah produk kumuhan disebabkan pengambilan berlebihan makanan dan minuman yang kaya dengan purin seperti alkohol serta makanan laut bercengkerang.

Ramuan Herba Untuk Rawatan Gout

Selain mengamalkan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor, anda juga boleh mencuba dan mengamalkan beberapa petua ‘orang lama’ untuk mengurangkan kesakitan yang ditanggung dan sekali gus diharapkan sembuh daripada penyakit tersebut.

Cara yang ingin kami kongsikan adalah dengan mengamalkan minum air kisaran nanas untuk merawat sakit gout. Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya di bawah ini.

Bahan :-

  1. 100 gram buah nanas
  2. 1/2 cawan jus limau nipis
  3. 1 sudu teh air halia
  4. 6 helai daun pudina

Caranya :-

  1. Cuci nanas dan daun pudina dengan bersih. Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
  2. Setelah sebati, anda minum jus nanas semasa sejuk.
  3. Minum jus nanas secara berkala.

Petua ini perlu diamalkan 3 bulan sekali. InsyaAllah baik untuk merawat sakit sendi dan gout.

Amal Gaya Hidup Sihat

Perubahan gaya hidup sihat dapat membantu memulihkan gejala gout anda. Berikut adalah beberapa cadangan:

  1. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, lima hari seminggu.
  2. Pakai kasut yang sesuai untuk melindungi kaki anda.
  3. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari. Ia membantu mencairkan tahap asid urik anda.
  4. Hadkan pengambilan makanan tinggi purin anda seperti makanan laut dan daging organ dalaman.
  5. Elakkan alkohol ketika serangan gout dan kurangkan pengambilan alkohol di antara serangan.

: Facebook

Cara Rawat Sakit Gout Secara Tradisional SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...