EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Cara Rawat Batu Karang Secara Semulajadi

0 month ago, 25-Nov-2021

Penyakit batu karang (kidney stone) adalah masalah kesihatan yang lazim terjadi di kalangan lelaki. Ianya terjadi akibat daripada mendapan mineral pada buah pinggang yang disingkirkan menerusi air kencing.

Batu karang jika tidak dirawat boleh melarat seterusnya menyebabkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang. Ianya juga mengakibatkan rasa sakit yang melampau terutama ketika mahu membuang air kecil.

Punca Penyakit Batu Karang

Kurang Minum Air

Kurangnya pengambilan air adalah antara punca berlakunya penyakit batu karang. Apabila kurang minum air, penghasilan air kencing juga turut berkurangan dan menyebabkan air kencing menjadi semakin pekat seterusnya pembentukan batu karang.

Pengambilan Garam Berlebihan

Garam masakan mengandungi kandungan natrium yang tinggi. Pengambilan garam dalam kuantiti yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Unsur natrium di dalam garam akan menyebabkan banyak kalsium masuk ke dalam air kencing, lantas menyebabkan berlakunya pembentukan batu karang.

Lemak Omega 6

Makanan yang tinggi dengan bahan Omega 6, seperti lemak haiwan dan beberapa jenis minyak sayuran boleh mendorong kepada pembentukan batu karang. Terdapat kajian yang merumuskan bahawa lemak jenis ini boleh mempengaruhi kemasukan oxalate dan mengurangkan pergerakan kandungan citrate ke dalam air kencing dimana keadaan ini membolehkan berlakunya pembentukan batu karang.

Baca juga: Cara Rawat Sakit Gout Secara Tradisional

Simptom Sakit Batu Karang

Antara simptom atau tanda-tanda anda ada masalah sakit batu karang adalah:

  1. Sakit di bahagian kemaluan.
  2. Sakit di bahagian belakang di bahagian kiri atau kanan badan.
  3. Loya dan muntah

Cara Rawat Batu Karang Secara Semulajadi

Selain mendapatkan ubat atau melakukan pembedahan untuk rawat batu karang, sebenarnya ada cara yang lebih semulajadi untuk merawat batu karang ini.

Kerap Minum Air Kosong

Pengambilan air kosong membantu mencarikan air kencing yang menyebabkan pemendapan atau kepekatan air kencing.

Amalkan Makan Minyak Zaitun

Minyak zaitun extra virgin merupakan sumber lemak sihat yang hadir bersama sebatian antikosidan yang tinggi. Ianya juga membantu organ seperti buah pinggang dan seluruh sistem tubuh berfungsi dengan efektif.

Caranya hanya perah half biji lemon ke dalam cawan dan ditambahkan dengan 2 sudu besar virgin olive oil. Kemudian penuhkan cawan dengan air. Amalkan setiap pagi.

Amalkan Minum Jus Delima

Buah Delima kaya dengan antioksida yang bertindak untuk melindungi buah pinggang dari kerosakan akibat radikal bebas. Disamping itu, buah Delima juga dapat mengurangkan tahap keasidan air kencing sekaligus melarutkan batu karang (jika ada) secara semula jadi.

Sekiranya masalah ini berlarutan, dapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor pakar.

Cara Rawat Batu Karang Secara Semulajadi SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...