EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ratusan Merpati, Anjing & Kucing Ditemui Mati. Puncanya Buat Ramai Marah

0 month ago, 14-Oct-2021

Ratusan Merpati, Anjing & Kucing Ditemui Mati. Puncanya Buat Ramai Marah | Penemuan ratusan bangkai Merpati, Anjing serta Kucing begitu menyayat hati, namun puncanya buat ramai marah dan geram. Baca selanjutnya..

Petaling Jaya Bangkai anjing, kucing dan beratus ekor merpati didapati mati disyaki diracun oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab dipercayai berlaku di kawasan padang Pangsapuri Perdana Villa, Taman Sentosa, Klang baru-baru ini.

Menerusi Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) di laman sosial Facebook, menyifatkan perbuatan membunuh haiwan ini sebagai satu tindakan yang sangat tidak bermoral dan pesalah boleh disabit dibawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 .

SAFM memandang perbuatan membunuh haiwan ini sebagai satu tindakan yang zalim kerana menggunakan cara yang menyebabkan kesakitan dan keseksaan yang tidak wajar kepada haiwan-haiwan ini.

Jenayah yang melibatkan penyeksaan haiwan boleh disabit dibawah Akta Kebajikan Haiwan 2015, dimana pelaku boleh dihukum penjara maksimum 3 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali, katanya semalam.

Tambahnya lagi, individu-individu yang melakukan ini masih di dalam siasatan dan SAFM juga menasihatkan orang ramai meracun haiwan terbiar bukanlah jalan yang terbaik kerana kini sudah ada alternatif lain yang tidak berbahaya.

Sehingga kini, individu yang tidak bertanggungjawab ini masih belum dikenalpasti, meracun haiwan terbiar bukanlah jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah.

Malah, ia akan membahayakan orang lain dan alam sekitar jika dibiarkan begitu sahaja, kita sudah ada kaedah kawalan kacau ganggu yang lebih efektif seperti Trap Neuter Release (TNR) dan bekerjasama dengan pihak berkuasa, ujarnya.

Menerusi tinjaun di ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa marah dan geram dengan tindakan pelaku yang tergamak untuk meracun haiwan-haiwan terbiar tersebut.

Allahuakhabar, kejamnya si pelaku itu apalah salah mereka, kalau tak nak bagi makan janganlah pula bagi racun kerana mereka pun berhak untuk hidup di muka bumi ini, kata Arina Abdullah.

Di dunia mungkin si pelaku akan terlepas tapi disana nanti pasti akan ada pembalasan yang diterima walaupun kesalahan itu sebesar zarah, jelas Siti Maz.

: Kosmo

Ratusan Merpati, Anjing & Kucing Ditemui Mati. Puncanya Buat Ramai Marah KHALIFAH MEDIA NETWORKS.





Live Website Traffic


loading...