www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


RASMI: Syazwan Andik Sah Sarung Jersi Harimau Selatan

0 month ago, 13-Jan-2019


Pemain pertahanan kiri skuad kebangsaan, Syazwan Andik kembali semula menyertai pasukan Johor Darul Tazim (JDT) bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini selepas menamatkan kontrak dengan pasukan Kuala Lumpur minggu lalu.

Beliau yang berusia 23 tahun itu sebelum ini dikaitkan akan menyertai pasukan Selangor selepas gambarnya bersama penolong pengurus skuad The Red Giants, Nazzab Hidzan, memuat naik gambarnya bersama pertahanan kiri itu di laman sosial.

Namun, ketua jurulatih Selangor, B. Satiananthan menafikan pemain tersebut akan menyertai pasukannya sebaliknya beliau akan kembali ke Johor.

WELCOME HOME#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, January 12, 2019

Malah, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi turut mengesahkan dalamBerita Harianberkata Pelo turut berada dalam radar pasukan Melaka United.

Selepas dikaitkan dengan beberapa pasukan, pengarah sukan kelab JDT, Martin Prest akhirnya buka mulut mengumumkan JDT ingin mendapatkan pemain tersebut dan berbincang sama ada Syazwan mahu kembali ke Harimau Selatan.

Jurulatih Kuala Lumpur, Yusri Che Lah bagaimanapun redha dengan pemergian pemain itu ke pasukan lain walaupun khidmatnya amat ditagih bagi menguatkan benteng pertahanan skuad warga kota. Difahamkan tunggakan gaji dua bulan oleh KLFA menjadi punca pemain itu keluar.

Syazwan sebelum ini pernah beraksi dengan pasukan JDT II dan kemudian beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super bagi mengembangkan kerjaya bola sepaknya.

Peluang beraksi di liga divisyen satu itu telah meningkatkan tahap permainannya sehingga terpilih mewakili skuad bawah 23 tahun kebangsaan. Prestasi cemerlangnya dengan skuad Ong Kim Swe telah menarik minat Tan Cheng Hoe untuk menyenaraikannya dalam skuad Harimau Malaya.




SUMBER : semuanyabola.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts