www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Oppo Reno 10x Zoom rasmi di Malaysia dengan harga RM3,399

2 hours ago, 27-May-2019


Persoalan tentang harga rasmi Oppo Reno 10x Zoom akhirnya terjawab. Hari ini Oppo Malaysia telah melancarkan peranti premium kelas-atasan mereka dengan harga RM3, 399 untuk 8GB RAM dan 256GB storan.

OPPO Reno 10x mempunyai keupayan kamera yang begitu baik dan boleh dibandingkan dengan Huawei P30 Pro yang mempunyai keupayaan zoom sehingga 50x kali. OPPO Reno 10X dibekalkan dengan Tri-Kamera 48MP f/1.7 (Wide), 13MP f/3.0 (telefoto) dan 8MP f/2.2 (Ultra-Wide) dan mempunyai keupayaan zoom sehingga 60x kali.

Peranti ini juga mempunyai rekaan dan warna yang menarik. Tambahan lagi, rekaan pada kamera swafoto 16MP juga amat unik kerana ia seakan sirip ikan bila terangkat. Jika

Tambahan lagi, OPPO Reno 10x juga dikuasakan dengan Snapdragon 855. Syarat wajib buat peranti flagship tahun ini. Berbeza dengan Oppo Reno yang dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 16 Mei lepas yang hanya menggunakan cip Snapdragon 710.

Selain itu, ketahanan dan kualiti skrin yang digunakan adalah jenis AMOLEDsebesar6.6-inci dengan ketahanan Corning Gorilla Glass 6. Bateri juga mempunyai kuasa yang besar dengan 4,065mAH dan sistem pengecasan pantas VOOC 3.0.

Oppo Reno 10x Zoom akan mula dijual pada 27 Julai ini melalui kedai rasmi Oppo dan pengedar Oppo yang sah. Untuk pembelian yang awal, anda akan mendapat gimbal dan jaminan perlindungan skrin bernilai RM877 secara percuma.

Oppo Reno 10x Zoom rasmi di Malaysia dengan harga RM3,399 TheSkop.




SUMBER : theskop.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts