www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Rasailah Denyut Nadi Rakyat, Kerajaan Negeri Kedah Jangan Tiru Bajet Guan Eng

0 month ago, 08-Nov-2018


ALOR SETAR, 8 Nov – Riuh-rendah diperkatakan tentang Bajet 2019 yang dibentang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) seolah lupa bahawa amanah yang diberikan rakyat itu menagih janji untuk memastikan kebajikan mereka lebih terbela, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob.

Katanya, pendapatan negara yang merosot teruk telah menyebabkan banyak peruntukan kementerian dipotong dengan banyak, sekaligus membantut pembangunan negara dan kebajikan rakyat.

Begitu banyak peruntukan yang diberikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat ‘hilang’, tidak lagi dinikmati. Apakah keadaan ini akan meyakinkan pelabur dalam dan luar negara? Padanlah makin ramai pelabur yang ragu dan ‘lari’ ke negara jiran. Inikah ekonomi Malaysia Baharu? Inikah GuanEngomic?

Kononnya rakyat khususnya orang Melayu dan golongan berpendapatan rendah tidak perlukan ‘tongkat’? Tidakkah mereka rasai sendiri denyut nadi rakyat di bawah sana yang merintih akibat kenaikan kos sara hidup?

Setiap kali musim tengkujuh dan bencana, kepada siapakah harapan mereka jika bukan kerajaan? Bagaimana keperluan belanja anak waktu buka sekolah di awal tahun? Kepada siapakah mereka akan mengadu dan mengharap bantuan? soal beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang.

Malah katanya, jika diteliti, Bajet 2019 itu amat kurang memberi manfaat kebajikan kepada rakyat khususnya di Kedah secara keseluruhan, namun tertumpu kepada golongan kapitalis tertentu.

Walaupun perit, namun hakikat itulah yang perlu kita rakyat bawahan hadapi, katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman facebooknya, hari ini.

Rakyat khususnya peminjam PTPTN dari golongan muda yang masih tercari-cari peluang kerja dicelah ‘1 juta’ pekerjaan baharu dan selain mahasiswa yang ‘biru’ mukanya mengenangkan ‘ceti’ sedang menunggu mereka sejurus menerima gaji pertama.

Peluang kerja samar-samar entah dimana, konon mampu sediakan 1 juta peluang kerja, tapi puluhan ribu pula yang hilang kerja gara-gara Kerajaan Baharu.

Baru saja hendak ‘bernyawa’ menerima gaji pertama, belum sempat belanja ibu ayah, gaji sudah dipotong untuk bayaran balik PTPTN. Bagi yang bukan graduan, gaji minimum bukan RM1,500 sebagaimana yang dijanji PH sebelum mengundi, tapi hanya RM1,100 saja. Makan ‘capati’ sajalah anak-anak muda kita….

Kesal beliau, ada pula yang memuji peruntukan sebanyak RM75 juta untuk sekolah tahfiz dan pondok berdaftar, biarpun inisiatif Kerajaan BN terdahulu memberikan peruntukan lebih banyak, RM110 juta, dan penyelengaraan pendawaian elektrik yang menekankan aspek keselamatan pelajar, termasuk yang belum berdaftar sebelum ini seolah dipandang sepi.

Yang peliknya, tiba-tiba saja ada peruntukan yang tidak berkaitan kepada pihak ‘persendirian’, tapi Menteri Kewangan umum peruntukan ‘wang rakyat’ untuk mereka? Dengan peruntukan yang sama jumlahnya, apakah jumlah bilangan sekolah agama, tahfiz dan pondok itu sama dengan SRJKC dan sekolah persendirian berteraskan kaum itu? Adilkah? Bagaimana dengan nasib sekolah luar bandar di negeri Kedah?

Bidasnya, lebih mengundang persoalan ialah tentang nasib para petani, pesawah, penternak dan nelayan yang langsung tidak disebut oleh Setiausaha Agung Dap itu, seolah segala jerih payah mereka bersabung nyawa dan bekorban tenaga untuk memastikan negara ini tidak kelaparan terputus bekalan makanan.

Paling merisaukan ialah difahamkan banyak subsidi sektor pertanian yang dipotong termasuk baja dan pengeluaran padi, insentif dan elaun sara hidup nelayan.

Menggelikan hati, subsidi minyak bersasar yang dicanang serata dunia sebelum ini rupa-rupanya berasaskan kuasa CC kenderaan, 1.5cc ke bawah diberikan peruntukan 100 liter RON95 sebulan, manakala motorsikal 125cc menerima 40 liter sebulan.

Tidakkah Menteri Kewangan tahu bahawa terdapat banyak kenderaan mewah turut terangkum di bawah 1.5cc dan dua kali isi penuh Perodua Viva saja sudah hampir habis subsidi minyak yang diperuntukkan.

Katanya, apa yang membimbangkan adalah tentang kedudukan ekonomi negara yang belum berubah ke arah positif.

Kadar Ringgit yang dikatakan akan naik jika Datuk Seri Najib jatuh menjadi sebaliknya apabila semakin merudum akibat retorik ‘hutang trilion’ yang tidak pernah wujud. Unjuran ekonomi negara merosot di bawah 5%, manakala defisit fiskal meningkat dari 2.8% kepada 3.7%. Hutang sebenar negara RM686 bilion menokok kepada lebih RM725 bilion dalam tempoh beberapa bulan saja?

Justeru katanya, bersempena Bajet Kedah 2019, rakyat mengharapkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir lebih prihatin menyelami denyut nadi rakyat Kedah dengan mengumumkan pelbagai inisiatif terhadap kebajikan, tidak sebagaimana yang dibentangkan Lim Guan Eng.

Kerajaan bukanlah sebuah entiti perniagaan yang mencari keuntungan, sebaliknya diberi tanggungjawab berkonsepkan kebajikan kepada rakyatnya.

Bajet Kedah 2019 harus mengutamakan pengisian yang memanfaatkan rakyat, bukan terikut-ikut dengan Bajet Guan Eng 2019. Keadaan geopolitik dan sosio-ekonomi yang berbeza memerlukan kebijaksanaan Kerajaan Negeri untuk memikirkan pembaharuan yang lebih dinamik, kreatif dan agresif, bersesuaian dengan budaya orang Kedah yang dahagakan pembangunan untuk masa depan Jelapang Padi Kedah yang lebih baik, bukan jelapang padi di Kemboja, tegasnya lagi. – MediaUMNO


SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts