www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Rantai pergerakan Ronaldinho, Chang-hoon

0 month ago, 17-Apr-2019


ZURAIMEE ZAINAL

PEMAIN PKNP khasnya benteng pertahanan diingatkan berwaspada dengan dua kelibat import PDRM, Patrick Ronaldinho dan Lee Chang-hoon menjelang saingan pusingan ketiga Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam ini.

Pengendali PKNP, Abu Bakar Fadzim berkata, ketajaman penyudah dua peledak The Cops kendalian E Elavarasan dalam dua perlawanan terakhir Liga Malaysia (Liga-M) boleh menjadi igauan ngeri kepada PKNP seandainya mereka dibiarkan bergerak bebas tanpa kawalan.

“Kombinasi penyerang Patrick Ronaldinho dan Lee Chang-hoon telah membuktikan ketajaman tindakan penyudah mereka. Jadi ini antara aspek yang perlu diberikan perhatian serius bahagian pertahanan PKNP yang dikemudi Mohd Asyraf
Omar.

“Jangan lakukan sebarang kesilapan mudah yang boleh membuatkan pasukan berputih mata kerana pemain PDRM kebanyakannya dibarisi pemain berpengalaman yang pernah beraksi dalam Liga-M.

“Saya berharap pemain dapat mengekalkan momentum positif ketika seperti menewaskan Melaka United tempoh hari,” katanya.

Sentuhan penyudah Giancarlo ditagih jentera PKNP menjelang aksi menentang PDRM malam ini. Foto: FB PKNP FC

Mengenai Giancarlo Rodrigues yang kembali tumpul ketika menentang skuad Hang Tuah baru-baru ini pengendali berusia 47 tahun itu berkata, peranan dimainkan pemain dari Brazil berketinggian 1.95 meter dalam empat aksi terakhir amat menyumbang kepada prestasi kelab walaupun tidak menyumbangkan gol pada perlawanan berkenaan.

“Saya amat berharap beliau (Giancarlo) dapat kembali meledak jaringan menentang PDRM,” katanya.

 

 

‘Rantai pergerakan Ronaldinho, Chang-hoon’ Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts