www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Ranking Top Fans di page Facebook, ini cara untuk dapatkannya

0 month ago, 14-May-2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda tentu sedia maklum dengan pengenalan pangkat Top Fans yang diperkenalkan oleh facebook tak lama dahulu. Ia menjadi tular dalam kalangan warga maya termasuklah pembaca-pembaca setia kami di Siakap Keli.

Ada yang bertanya bagaimana Top Fans ini diperolehi dan merasa pelik apabila pangkat yang dimilikinya tiba-tiba hilang. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan Top Fans dan bagaiamanakah anda mahu mendapatkannya? Ini jawapannya.

Untuk pengetahuan anda semua, Feeling The Vibe Media melaporkan bahawa facebook mengemaskini pangkat Top Fans ini secara mingguan.

Ini bermakna, mana-mana warga maya yang mendapat gelaran Top Fans akan memakai pangkat tersebut pada satu-satu page untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu sehinggalah kemas kini terbaru daripada Facebook.

Bagaiamana gelaran Top Fans diberi?

Sesuai dengan tujuannya sebagai satu bentuk penghargaan kepada para pembaca yang setia, Top Fans akan diberikan kepada mereka yang aktif dalam mengikuti semua posting di sesebuah page.

Aktif yang dimaksudkan termasuklah dalam memberi komen, memberi reaksi seperti tekan butang Like dan berkongsi posting berbanding pembaca-pembaca yang lain.

Top Fans dianugerahkan oleh Facebook sendiri

Pembaca yang setia dan aktif mungkin mendapat gelaran Top Fans lebih dari sekali. Untuk makluman anda semua, Top Fans tidak diberikan oleh pengendali sesebuah laman sebaliknya dianugerahkan oleh Facebook sendiri.

Selain itu, seperti yang anda sedia maklum, anda juga boleh menutup atau menghidupkan tetapan Top Fans masing-masing. Sekiranya dihidupkan, akan tertera gelaran Top Fans beserta belian pada bahagian atas nama setiap kali anda meninggalkan komen pada laman yang anda ikuti.

Rahsia untuk mendapatkan Top Fans adalah anda perlu menjadi aktif dan memberi respon pada setiap perkongsian yang dibuat oleh sesebuah laman.

Feeling The Vibe Media




SUMBER : denaihati.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts