EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Rancangan Nyanyian Realiti Kanak-Kanak Ceria Pop Star Kini Kembali Untuk Musim Yang Kelima

0 month ago, 09-Jun-2021

Saluran televisyen no. 1 anak-kanakdiMalaysia,Astro Ceria membawakan program televisyen realiti bakat nyanyian kegemaran ramai iaituCeria Popstar untuk musim yang kelima.

Pengurus Saluran Astro Ceria, Cecilia Wong berkata, salah satu misi utama mereka adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu bagi mewarnai dunia si cilik seterusnya menggilap bakat mereka untuk menjadi salah seorang pemain utama industri pada masa akan datang.

Penganjuran Ceria Popstar musim kali ini, kami mencari yang terunggul di kalangan terbaik, justeru format kali ini tampil sedikit berbeza dari musim-musim sebelumnya.

Kami menerapkan banyak elemen baru yang lebih segar dan memiliki faktor komersial tambahan bagi menambat hati penonton, bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak malahan mereka di peringkat umur dewasa, jelasnya.

Pertama kali dilancarkan padatahun 2013,rancangan berkenaan menjadi platform utama pilihan bakat-bakat cilik tanah air mempersembahkan kehebatan nyanyian masing-masing seterusnya membantu menggapai cita-cita mereka untuk menjadi sebahagian dari pelapis industri seni di masa akan datang.

Seramai10 orang pesertabakal beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing seterusnya merebut gelaran terulung,Juara Ceria Popstar 2021dan membawa pulang hadiah kemenangan berbentuk wang tunai.

Juara musim ini akan membawa pulang wang tunai sejumlahRM20 ribubeserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangiRM15 ribu,RM10 ribudanRM5 ribubeserta trofi.

Terdahulu,Astro Ceria menerima lebih dari seribu penyertaandari pelbagai lapisan latar belakang bakat-bakat cilikberusia di antara 7 hingga 17 tahunyang dihantarsecara atas talian dari 23 Mac hingga 3 Aprildengan menggunakan tanda pagar rasmi #CeriaPopstar2021.

Kemudian sesi uji bakat secara tertutup kemudiannya telah diadakan selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 April lalu di sebuah hotel di ibu negara.

Tambah menarik, Ceria Popstar musim ini tampil lebih hebatdanunik apabila menyuntik elemen kolaborasi mega dengan program-program terhebat terbitan Astro sepertiMaharaja Lawak Mega danGegar Vaganza.

Menggabungkan genre komedi yang sarat dengan gelak tawa, program ini menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih segar dan kompak serta diyakini mampu menawan hati penonton yang sentiasa menginginkan pembaharuan dalam sajian kandungan yang ditawarkan.

Dihoskan oleh penyampai radio ERA, stesen nombor satu negara,Danial Zainibersama penyanyi, pelakon dan pengacara serba bolehShiha Zikir, Ceria Popstar turut membariskan nama-nama hebat sebagai tonggak utama di sebalik produksi besarnya.

Buat julung kalinya, pengacara, pelakon dan pengarah versatil,Nabil Ahmadtidak lagi mengacarakan program ini dan kini dia berada di posisi Juri Tetap bersamaDatuk AC Mizal, Elly MazleindanErnie Zakri.

Sementara itu, tugasan Guru Vokal pula dipertanggungjawabkan kepada penyanyi danaward-winningkomposer,Hael Husainidan Juara Gegar Vaganza (GV) musim kelima,Noryn Aziz.

Sentuhan GV terus diperlihatkan lagi dalam Ceria Popstar apabila dua juara (musim kedua dan musim keenam),Siti NordianadanNaqiudiberi kepercayaan untuk bertindak sebagaiInspireratau idola inspirasi kepada bakat-bakat yang terpilih.

Dalam pada itu, penyanyi MimiFlypula ditugaskan sebagai Guru Koreografer untuk membantu dari aspek gerak tari peserta.

Sebelum itu, semasa sesi uji bakat tertutup yang diadakan, pelakon dan pelawak popular yang turut merupakan pemain utama pentas Maharaja Lawak Mega,Sharif ZEROterlibat sebagai Juri Utama dan beliau telah ditemani penyanyi dan Naib Juara GV5,Dia Fadila. Bersama mereka menjurikan sesi tersebut adalah Siti Nordiana dan juga MimiFly.

Episod istimewa Uji Bakat Popstar telah disiarkan secara eksklusif di Astro Ceria pada Rabu, 26 Mei dan 2 Jun lalu.

Ceria Pop Star disiarkan padasetiap hari Rabu mulai hari ini (9 Jun) pada pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demanduntuk pilihan yang lebih fleksibel.

Menariknya lagi, konsert pembuka tirai pada hari ini juga akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Prima (105). KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?



SUMBER : kopiplanet.com



Live Website Traffic


loading...