www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


TNB rampas takhta liga

0 month ago, 14-Jan-2019


JUARA Piala Tan Sri P. Alagendra, Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya merampas kedudukan teratas saingan Liga Hoki Malaysia 2019 daripada Maybank setelah meraih kemenangan bergaya 10-0 ke atas Nurinsafi/Hoki Kedah pada aksi kedua Divisyen Premier di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kejayaan itu merupakan kemenangan kedua berturut-turut yang dilakar skuad kendalian Nur Saiful Zaini Nasiruddin untuk mengumpul enam mata.

Pada pertemuan itu, TNB selesa mendahului 7-0 pada babak pertama perlawanan hasil jaringan Firhan Ashaari (minit 10), Norshafiq Sumantri (minit15), Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil (minit 18), Shello Silverius (minit 19), Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (minit 25), Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (minit 27) dan Mohamad Akhimullah Anuar Esook (minit ke-30).

TNB kemudiannya terus mengganas dengan melebarkan jaringan gol masing-masing menerusi Muhamad Ramadan Rosli (minit 47), Muhammad Noor Firdaus Rosdi (minit 48) dan Mohamad Akhimullah pada minit ke-57.

Mankala Juara Piala Sumbangsih, Kelab Hoki Terengganu (THT) turut merakam kemenangan sulung mereka selepas menewaskan pasukan TNB Thunderbolts, 4-0 di Stadium Hoki Batu Buruk untuk berada di tangga kedua liga dengan empat mata.

Empat gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Faizal Saari pada minit ke-18, Jang Jonghyun (minit -24), Mohd Fitri Saari (minit 48) dan Muhammad Rashid Baharom di penghujung perlawanan.

Sementara itu pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang turut mencatat kemenangan sulung pada musim ini selepas menang tipis 2-1 ke atas pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), 2-1 di Stadium Hoki Tun Razak dengan berkongsi empat mata di tangga ketiga.

Aksi liga akan diteruskan pada 18 Januari ini dengan THT menentang Nurinsafi/Hoki Kedah di Stadium Hoki Batu Buruk, UniKL melawan TNB di Stadium Hoki Tengku Abdullah, Bangi, manakala TNB Thunderbolts bakal berdepan Maybank di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

TNB rampas takhta liga Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts