EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Rampas pesawat, larikan kargo, bagasi

0 month ago, 26-Nov-2019

KOKOPO: Sekumpulan lelaki bersenjata merampas sebuah pesawat Papua New Guinea dan mengarahkan juruterbang mendarat di landasan udara tidak digunakan sebelum melarikan diri bersama kargo.

Jurucakap syarikat penerbangan Tropicair, Matthew Brutnall berkata, kejadian berlaku ketika pesawat tanpa penumpang itu mengisi minyak di Gasmata, New Britain hari ini.

Menurut Brutnall, seramai lapan lelaki bersenjata menyerang pesawat itu dan memaksa juruterbang untuk segera berlepas.

Brutnall berkata, sebaik mendarat di sebuah landasan tidak digunakan, kumpulan terbabit mengambil bagasi dan kargo di dalam pesawat sebelum meninggalkan lokasi.

Juruterbang tidak cedera dan pesawat itu sudah kembali ke Port Moresby, katanya.

Kejadian itu masih dalam siasatan.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...