EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Rambut Terlekat Pada Alat Mainan, Gelagat Anak Syatilla Melvin Undang Rasa Terhibur Netizen

0 month ago, 20-Nov-2020

Rambut anak bongsunya, Sarima Samheizy terlekat pada alat permainan, video rakaman yang dimuat naik pelakon Syatilla Melvin raih perhatian netizen.

Menerusi sebuh posting di laman Instagram, Syatilla dilihat tidak segan berkongsi sebuah video menyaksikan permainan kereta api milik anak sulungnya Syeriv Samheizy tersekat di rambut Sarima.

Aku tak larat nak gelak dengan perangai parpu-parpu yang duk ada ni. Dalam satu hari depa dua ekor ni akan buat macam-macam bagi aku sakit kepala sakit dada.Ada ke logik @syeriv_samheizy pi buh train yang duk bergerak atas kepala adik dia? Besimpul habis rambut kawan tu. Hangpa tengok sendiri la.

Susulan itu, suaminya pelakon Shaheizy Sam turut dipanggil bagi membantu memotong rambut anak perempuannya itu.

Meninjau ke ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminatnya seakan terhibur melihat telatah anak-anaknya itu.

Bahkan pengikutnya juga akui bahawa gelagat dua beradik itu sering membuat mereka rasa gembira dikala duka.

Untuk rekod, Syatillla sebelum ini telah sah menjadi isteri kepada Sam pada 8 Februari 2016.Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua anak iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.



Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...