EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ramasamy tak gentar, bidas tindakan keras ke atas LTTE..

0 month ago, 10-Oct-2019


Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy mengakui bahawa dirinya mungkin ditangkap oleh polis susulan tindakan keras terhadap mereka yang didakwa mempunyai hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Bagaimanapun, pemimpin DAP itu tidak gentar.

Ramasamy berhujah bahawa beliau bersimpati dengan nasib etnik Tamil di Sri Lanka, sama seperti bagaimana dirinya memperjuangkan rakyat Palestin dan Rohingya.

"Saya mungkin ditahan. Tak mengapa. Bagi saya, perjuangan saya sesuatu yang mulia. Saya juga simpati terhadap Palestin dan Rohingya.

"Apabila saya bersimpati dengan orang Islam di Mindanao dan Aceh, tiada siapa yang berkata apa-apa. Tetapi ramai pula yang bising bila ia membabitkan etnik Tamil. Ini double standard, katanya kepada Malaysiakini.

Ramasamy mengulangi bahawa beliau terlibat dalam proses damai di Sri Lanka dan turut mengambil bahagian dalam usaha yang sama di Filipina dan Colombia.

"Dalam proses damai, saya perlu melibatkan semua pihak. Kenapa mereka ini tidak faham-faham, katanya.

Mengulas mengenai penahanan dua wakil rakyat DAP - G Saminathan dan P Gunasekaran - beliau berkata ini kerana mereka mungkin pernah menghadiri upacara peringatan untuk ratusan ribu etnik Tamil yang terbunuh dalam perang saudara negara itu.

"LTTE terhapus selepas perang. Ia adalah organisasi yang tidak lagi berfungsi. Hanya kerana ada yang memberi penghormatan kepada orang awam yang terbunuh, ini tidak bermakna mereka adalah penyokong LTTE, katanya.

"Mereka ini orang Tamil yang menyokong saudara-mara di Sri Lanka berhubung pencabulan hak asasi manusia. Ini bukan menyokong perjuangan bersenjata.

"Malah, saya juga kasihan terhadap nasib rakyat Palestin dan Hamas. Tetapi Hamas dianggap organisasi pengganas di Eropah dan Amerika Utara.

"Ada beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang mempunyai hubungan rapat dengan Hamas, jadi berdasarkan sudut pandangan orang Eropah dan Amerika Utara, bolehkah kita menganggap mereka sebagai mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas?" soalnya.


Mengambil maklum tentang janji Pakatan Harapan untuk memansuhkan undang-undang kuku besi di negara ini, Ramasamy berkata penangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) adalah sesuatu yang memalukan.

Malaysia Kini

SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...