EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ramai Yang Tidak Suka Lipas, Lagi-Lagi Kalau Dia Terbang Tu, Ini Yang Akan Terjadi Jika Lipas Pupus Di Dunia

0 month ago, 21-Nov-2020

Tidak ramai yang berani dengan serangga ini. Jika nampak, pasti ada yang mula menjerit ketakutan. Apa agaknya terjadi sekiranya tiada langsung kelibat lipas di dunia ini?

Menurut Prof. Srini Kambhampati, Ketua Jabatan Biologi di Universiti Texas, ada manusia yang menjadikan lipas sebagai makanan mereka. Malah, tikus dan lipan juga meneruskan hidup dengan menjadikan lipas sebagai makanan.

Jika lipas tiada, ia masih tidak memberi ancaman kepupusan kepada kumpulan ini kerana masih ada lagi sumber makanan yang lain.

Namun, tebuan parasit bergantung hidup dengan lipas kerana memparasitkan telur lipas untuk teruskan hidup.

Maka, tanpa adanya spesis lipas di dunia ini, sudah pasti tebuan parasit ini juga akan pupus,kata Prof. Kambhampati.

Berbeza pula keadaannya di hutan kerana kehadiran lipas ini penting untuk tumbesaran pokok kerana lipas mengeluarkan nitrogen menerusi najis yang dikeluarkan oleh mereka.

Secara ringkasnya, jika lipas tiada langsung dibumi ini, ia tidak memberikan kesan yang signifikan pada manusia dan haiwan, sebaliknya ia akan memberi kesan pada ekosistem seperti tumbuhan dan pokok-pokok dihutan.

kredit zayan



SUMBER : karteldakwah.com



Live Website Traffic


loading...