EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ramai terkoyak hati, Mira Filzah terima lamaran Caprice

0 month ago, 12-Oct-2019

Penyanyi rap Ariz Ramli atau Caprice muncul dengan muzik video (MV) Baby Sayangyang dilancarkan di laman Youtube rasmi miliknya sejak semalam.

Lebih menjadi perhatian apabila MV arahan penyanyi berusia 32 tahun itu sendiri menampilkan pelakon popular, Mira Filzah yang bertindak menjadi isteri kepada Caprice.

Menerusi laman Instagram masing-masing, pasangan tersebut tidak lupa memuat naik gambar bersama bagi tujuan mempromosikan MV berdurasi hampir tujuh minit itu.

Gambar yang dikongsi sudah semestinya mengundang perhatian peminat mereka yang rata-rata mengatakan Caprice dan Mira kelihatan sama padan sehingga mewujudkan hashtag #MiraCap.

Namun terdapat juga segelintir warganet yang terasa koyak dan cemburu setelah melihat kemesraan pasangan berkenaan.

Terdahulu, Caprice mengambil masa untuk melamar pelakon drama Sweet Dreamsitu bagi muncul dalam MV tersebut setelah Mira terikat dengan jadual penggambaraan.

: Youtube , Caprice , Mira Filzah

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...