EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ramai Terkejut Lihat Keadaan Jalan Mahupun Lebuhraya Penuh Sesak Dengan Kenderaan,Dah Macam Nak Raya

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

SHAH ALAM Keadaan aliran trafik di sekitar kawasan Lembah Klang dilihat mengalami kes3sakan sepanjang hari ini.

Dipercayai, kes3sakan itu berlaku kerana orang ramai mencari barang keperluan menjelang pelaksanaan Perlntah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perisytiharan d4rurat.

Jalan-jalan yang mengalami kes3sakan melibatkan Jalan Tun Razak, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Lingkaran Tengah 2, Jalan Lapangan Terbang Subang, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Jalan Duta Sungai Buloh dan Lebuhraya Damansara-Puchong.

Berdasarkan aplikasi Google Map, kesesakan lalulintas ini meliputi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Tempat Lain Pun JemJuga

Selain itu, kem4langan berlaku di beberapa kawasan seperti Persiaran Kewajipan, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Lingkaran Tengah 2, Jalan Kuching dan Lebuhraya Baru Lembah Klang turut menjadi punc4 kepada kes3sakan lalu lintas.

Dalam pada itu, penutupan jalan turut berlaku di lokasi-lokasi tertentu seperti Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Raja Hassan, Jalan Parlimen, Jalan Mamanda Sembilan dan Jalan Jelatek.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas pada Isnin mengumumkan pelaksanaan PKP bagi enam negeri untuk tempoh 14 hari mulai 13 Januari hingga 26 Januari.

Enam negeri yang terlibat adalah Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Kredit : SinarHarian/LLM





Live Website Traffic


loading...