EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ramai Yang Percaya Anwar Tidak Dapat Jadi Perdana Menteri Ialah Kerana Saya Menghalang Tun M Dedah Cerita Sebenar

0 month ago, 21-Nov-2020

KUALA LUMPUR:Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab dakwaan bahawa beliau merupakan punca yang menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi perdana menteri.

Penjelasan itu dibuat dalam posting terbaru yang dimuat naik di blog beliau chedet.cc

Dalam posting tersebut, Dr Mahathir menjelaskan secara terperinci apa yang berlaku bermula bermula dari kerjasama yang dijalin dengan Anwar pada Pilihan Raya Umum ke-14, tarikh 21 Februari, pertukaran kerajaan, pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri baharu dan Anwar mengumumkan mempunyai sokongan majoriti.

Menurutnya, ramai percaya beliau menjadi penghalang kepada hasrat Anwar untuk menjadi perdana menteri. Namun hakikatnya, katanya, walaupun beliau ditolak keluar dari Pakatan Harapan (PH) oleh Anwar, Presiden PKR itu tetap gagal menjadi perdana menteri.

Ramai yang percaya bahawa sebabnya Anwar tidak dapat jadi perdana menteri ialah kerana saya menghalang.

Benar dahulu saya berpendapat bahawa kerana sebab tertentu dia hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tetapi apabila (Datuk Seri) Najib (Razak) menjadi kleptokrat, saya sanggup bekerjasama dengan Anwar untuk jatuhkan Najib.

Saya tidak menentang cadangan PH bahawa Anwar akan mengganti saya apabila saya letak jawatan.

Tetapi belum pun sampai masanya konco-konco Anwar mendesak supaya saya letak jawatan, katanya.

Kata Dr Mahathir, beliau dimaklumkan oleh Muhyiddin bahawa Mesyuarat Majlis Presiden PH pada malam 21 Februari akan mendesak supaya beliau meletak jawatan untuk Anwar dilantik sebagai perdana menteri.

Kononnya, saya akan dipaksa lantik Anwar sebagai timbalan perdana menteri dengan segera, katanya.

Tujuannya, katanya, ialah supaya beliau setuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar dari PH dan kerajaan PH jatuh.

Pada masa sama, katanya, Muhyiddin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sudah merancang bekerjasama dengan Muafakat Nasional bagi menubuhkan kerajaan baru menggantikan PH.

Jelas Dr Mahathir, peletakan jawatan perdana menteri olehnya pada 23 Februari bukan kerana cadangan PH untuk Anwar mengambil alih jawatan itu tetapi kerana tidak mendapat majoriti sokongan dalam Bersatu.

Beliau menerusi blognya turut menjelaskan bagaimana Anwar gagal dilantik menjadi perdana menteri seperti yang telah dipersetujui kerana Muhyiddin sebaliknya sudah berjaya mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Kemudian, ketika Anwar mengumumkan cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru pada 22 September lalu, Dr Mahathir berkata beliau dan kumpulannya dikeluarkan walaupun sudah setuju untuk bersama-sama menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Anwar isytihar dia sudah dapat cukup bilang dan Muhyiddin sudah tidak jadi perdana menteri.

Saya dan kumpulan saya ditolak oleh Anwar kerana dia sudah dapat jumlah sokongan yang mencukupi, katanya.

Dr Mahathir berkata, seperti yang diketahui ramai, kenyataan Anwar bahawa dia mempunyai cukup sokongan untuk menjadi perdana menteri adalah tidak benar.

Dalam perancangan Anwar saya tidak ada tempat. Jelas setelah ketepikan saya pun Anwar tidak menang.

Pada tahun 2008 pun, Anwar gagal. Apakah saya juga yang menghalang Anwar?

kredit astro awani



SUMBER : karteldakwah.com



Live Website Traffic


loading...