EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tak Ramai Join Live IG, Pemuda OKU Hidap Cerebral Palsy Tetap Cekal Mempromosi Jualan

0 month ago, 09-Jun-2021

Menjadi seorang OKU bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apatah lagi, jika ia membataskan pergerakan atau percakapan seseorang untuk membuat sesuatu perkara.

Seperti kisah seorang peniaga yang menghidap Cerebral Palsy, Dale AldericTeri atau lebih dikenali sebagai Dale, tekun membuat jualan atas talian bagi menyara hidup buat dirinya dan keluarga.

Gigih promosi barang

Walaupun Dale merupakan seorang OKU, ia tidak menjadikan status tersebut sebagai suatu halangan untuk dia mempromosikan produk-produk jualannya.

Pemuda yang merupakan bekas seorang atlet paralimpik itu juga difahamkan menjual stokin dan baju yang mempunyai pelbagai rekaan dengan harga yang berpatutan melalui Live di akaun Facebooknya.

Tak sampai 5 orang penonton

Apa yang memilukan adalah jumlah penonton yang menyertai live tersebut hanya dalam 5 orang sahaja.

Namun, siapa sangka video tersebut menjadi viral di laman Twitter apabila dikongsikan semula oleh beberapa pengguna Twitter yang tersentuh dengan usaha gigih pemuda ini.

Hi twitterians! Hari ni tergerak hati nak tenngok iglive hambal Allah sorang ni, his name is dale and hes suffering from cerebral palsy.. he sells socks with various cute designs! Mari lah kita sama sama bantu majukan perniagaan dale. Please work your magic twitter ???????? pic.twitter.com/Y2zAcqQq4t

??? ???? (@dayahhazam) June 8, 2021

Harini viral psl ksh seorg brader ni dkt TW. Aku pun scroll bwh2. Dan aku terjumpa video ni. Bila aku tgok je, aku terus menangis. Aku bersyukur dgn apa yg aku ada skrg dan aku xkn berhenti berusaha untuk mengecapi Impian aku.

The towns may be small, but dreams have no limits pic.twitter.com/GSYsjg977M

Fadhilat (@thekittycoach) June 8, 2021

Terima terlalu banyak pesanan

Difahamkan, Dale yang berasal dari Petaling Jaya itu memberitahu bahawa dia terpaksa memberhentikan tempahan pesanan untuk 2 hari kerana telah menerima order yang sangat banyak selepas diviralkan.

Malah, Dale turut mengucapkan terima kasih ke atas sokongan orang ramai yang membeli jualannya.

Foto: IG
Foto: IG

Semoga kisah seperti ini membuka mata orang ramai untuk terus membantu orang lain di samping memberi inspirasi supaya tidak mudah mengalah dalam apa jua dugaan hidup.



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...