EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ramai Orang Industri Dah Kenal.. Andi Bernadee Beri Bayangan Suspek Songlap Duit

0 month ago, 30-Aug-2021

Susulan daripada kes penipuan yang melibatkan kawan baiknya, Andi Bernadee tampil memberi sedikit bayangan tentang siapakah suspek yang telah melakukan aktiviti tidak bertanggungjawab tersebut sehingga mendatangkan kerugian sebanyak RM70,000.

Advertisement

Dedah Andi, individu tersebut merupakan pengurus kepada seorang penyanyi rap terkenal negara.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Satu Peluang itu menerusi sebuah hantaran Instagram Storynya untuk tatapan peminat.

 

Advertisement

Maaf saya tak boleh lagi dedahkan nama apatah lagi wajah suspek selagi kes dalam siasatan. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, kita semua akan tahu siapa dia. Alhamdullilah, hampir semua kenalan dalam industri hiburan sudah tahu perkara ini dan kenal siapa orang itu. Maklumlah, suspek juga merupakan pengurus kepada seorang lagi artis.

Malah, Andi juga turut meletakkan sepotong lirik lagu rap popular dalam hantarannya itu.

Dia dalam pada itu turut meminat mana-mana pihak supaya tidak menyebut nama mana-mana individu kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.

Andi Bernadee : Instagram Andi Bernadee  

Terdahulu, Andi hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membuat laporan polis berhubung seorang individu yang telah melakukan pecah amanah dan menipu wang miliknya difahamkan mencecah puluhan ribu ringgit.

Pelakon Melastik Ke Hatimu ini sebelum ini ada tampil menafikan beberapa nama rakan artis sebagai suspek kes tersebut.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ramai Orang Industri Dah Kenal.. Andi Bernadee Beri Bayangan Suspek Songlap Duit first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...