EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ramai nak kenal

0 month ago, 13-Jan-2020

SAYA sudah menerima ratusan mesej WhatsApp dan panggilan daripada wanita untuk berkenalan.

Malah ada yang mengirim gambar mereka dan moga usaha ini jalan terakhir untuk saya bertemu jodoh.

Demikian harapan Nooraziro Abdullah, 35, yang kisahnya menggantung poster melelong dirinya mencari suri hati tular di media sosial.

Selepas kisahnya dipaparkan Harian Metro, Nooraziro mengatakan ramai menghubunginya untuk berkenalan berikutan merasakan dia serius mencari jodoh.

Selepas masuk surat khabar (Harian Metro), saya menerima ratusan WhatsApp dan panggilan daripada wanita untuk berkenalan.

Harap-harap dalam ratusan itu adalah seorang yang sangkut sebagai isteri saya, katanya.

Tukang rumah itu berkata, ada antara wanita berkenaan datang dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Terengganu.

Mereka turut memuji usahanya untuk menamatkan zaman bujang dengan cara menggantung poster.

Malah, ada juga lelaki yang menghubungi saya bertanyakan idea berkenaan, mereka meminta izin untuk menggunakan cara sama sebagai jalan terakhir mencari jodoh.

Ibu bapa dan adik beradik lain juga tidak marah, mereka faham ini antara usaha saya mencari isteri, katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Nooraziro mengakui terpaksa menggunakan cara menggantung poster berikutan mahu berkahwin dalam tempoh terdekat.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...